in , ,

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung dalam Sebuah Mahakarya Hebat, LARA

Tiga Nama Besar Industri Muzik Malaysia – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung Suara Dalam Sebuah Mahakarya Hebat

Buat julung-julung kalinya, dan yang pertama dalam sejarah, tiga nama besar industri muzik Malaysia, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2017 dan 2018, Hael Husaini, Juara AJL 2019, Naim Daniel, dan pemenang tempat ketiga AJL 2017, Haqiem Rusli, bergabung suara dan berpadu emosi dalam sebuah mahakarya hebat berjudul ‘Lara’ yang dijangka bakal menjadi fenomena seluruh negara, ditulis dan digubah oleh Hael Husaini sendiri, bersama rakan komposer disegani, MFMF, dan turut mendapat sentuhan daripada Naim Daniel dan Haqiem Rusli.

Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2019 dan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2019 bagi kategori Duo/Berkumpulan ini berkata, “Pertama sekali saya ingin ungkapkan perasaan syukur dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua penyanyi muda berbakat besar tanah air, Naim Daniel dan Haqiem Rusli kerana kesudian mereka bekerjasama dalam Lara.

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung dalam Sebuah Mahakarya Hebat, LARA

Idea tercetusnya lagu ini datang ketika saya berada di Jakarta lagi sewaktu mengendalikan rancangan ‘Stariser’ bersama Chakra Khan anjuran Astro Gempak, sepanjang berada di sana, saya mendapat beberapa ilham baru, dan setibanya di Malaysia saya terus hubungi MFMF dan kami mula berbincang dan terus berkarya.

Lara sebagaimana maksudnya yang jelas, iaitu berasa sedih, menceritakan tentang perasaan yang remuk akibat dikecewakan oleh seseorang, namun pendengar bebas meletakkan interpretasi masing-masing berdasarkan pengalaman mereka sendiri.”

Jelas Hael lagi, “Proses untuk menghasilkan lagu ini mengambil masa sekitar tiga bulan, selepas rangka awal disiapkan, saya dan MFMF meminta Naim dan Haqiem untuk memberi sedikit gubahan dan idea mereka untuk menyiapkan lagu ini. 

Segala proses rakaman audio dan juga muzik video dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, boleh dikatakan ketika fasa PKPP tiada sebarang kesulitan atau halangan, dan semua kerja dilakukan mengikut SOP yang sepatutnya.”

“Sangat mudah bekerjasama dengan mereka berdua kerana mereka antara rakan industri yang agak rapat dengan saya, dan kami juga mengenali satu sama lain secara peribadi, jadi proses itu menjadi lebih mudah.

Semuanya bermula dengan borak-borak kosong, kami sering ditemukan dalam program atau acara yang sama, dan pernah terdetik untuk mengajak Naim dan Haqiem untuk berkolaborasi jika ada peluang,” tambah beliau.

Penyanyi serta pelakon terkenal, Naim Daniel bercerita, “Saya seronok dapat berkolaborasi dengan Hael dan Haqiem kerana mudah berkerjasama dengan mereka, selain keluar dari comfort zone saya iaitu team yang biasa saya bekerjasama, saya dapati kami mempunyai banyak persamaan terutamanya  dalam bidang muzik, pelbagai idea yang dicurahkan dan banyak yang saya pelajari sepanjang proses rakaman berlangsung.”

Menurut penyanyi dan komposer muda sedang meningkat naik, Haqiem Rusli pula, “Pengalaman bekerjasama dengan Hael sangat luar biasa, beliau merupakan senior yang saya kagumi, seorang yang straight-to-the-point dan tahu apa yang beliau mahukan.

Saya sangat teruja dengan kolaborasi ini, kalau dulu kita ada trio tiga suara, kini kami tampilkan sesuatu yang berlainan demi mewarnai industri muzik tempatan.”

Encik Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment memberi komen, Pada awalnya, saya terlebih dahulu telah berbincang dengan pihak World Peace Entertainment dan FMC Music menyatakan hasrat Rockefuel Entertainment untuk bergabung, pelawaan kami disambut baik dan semuanya berjalan lancar.

Berani saya katakan bahawa sejarah bakal tercipta melalui lagu Lara dengan kolaborasi nama-nama besar industri muzik Malaysia kerana setiap daripada mereka ada kekuatan masing-masing, Hael Husaini dengan idea-idea hebatnya yang selalu hit, Naim Daniel, penyanyi serba boleh dengan kekuatan vokal yang tersendiri, manakala, Haqiem Rusli, anak muda berjiwa kreatif dan seorang penyanyi yang bagus.”

“Harapan saya sama sahaja untuk setiap karya yang dihasilkan, kami mengharapkan sokongan yang tak berbelah bagi dari semua penggemar muzik tempatan untuk menaikkan sesebuah lagu, kerana anda yang bakal menentukan nasib sesebuah karya itu sampai ke tahap yang sepatutnya,” akhiri Hael.

Lagu ‘Lara’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 1 November 2020. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Lara’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment pada hari yang sama.

Three Malaysian Powerhouse Singers – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Join Forces In A One-Of-A-Kind Masterpiece

For the first time in Malaysian music history, and nothing short of groundbreaking, three powerhouse singers, Winner of Anugerah Juara Lagu (AJL) 2017 and 2018, Hael Husaini, Winner of AJL 2019, Naim Daniel, second runner-up of AJL 2017, Haqiem Rusli, has joined forces in a one-of-a-kind, heartfelt masterpiece entitled ‘Lara’-predicted to be the next big thing to hit our local music scene, co-written and co-composed by Hael Husaini himself, with the help of award-winning composer, MFMF, together with creative inputs from Naim Daniel and Haqiem Rusli.

Winner for the Best Duo/Group Category at Anugerah MeleTOP ERA 2019 and Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2019 said, “First and foremost, my utmost gratitude to The Almighty, and humbled thankfulness to our country’s rising young singers, Naim Daniel and Haqiem Rusli on their interest to collaborate in Lara.

The initial idea came while I was in Jakarta, being a judge on the online singing competition, ‘Stariser’, with Indonesian singer, Chakra Khan, brought by Astro Gempak.

The melody just struck me there and when I landed in Malaysia, I contacted MFMF straight away and we went into work mode immediately.

Lara which means a feeling  of sadness, tells the story of a guy who got his heart crushed by someone he cared about, but I leave it to listeners to make their own interpretations based on what they’ve experienced in the past.”

According to Hael, “It took about three months to complete the song, after it was drafted, MFMF and I added some creative inputs and ideas from Naim and Haqiem to gel everything together.

All of the audio and music video recording processes were done during the Recovery Movement Control Order (RMCO) period, and during the RMCO phase, there were no sidebacks nor mishaps, and everything was carried out in accordance with SOP.”

“It was a breeze working with these two young talents because we are friends from the same industry, and I know them on a personal level which makes the entire process seem easy.

It all started with just a simple conversation, coincidentally we were always working in the same programs and events, and it just hit me why not do a trio number together,” he added.

The dashing and versatile singer-actor, Naim Daniel expressed, “It was a ball working together with Hael and Haqiem because they’re easy to work with, I’ve always wanted to try something new and get out of my comfort zone.

I found out that we have a lot in common when it comes to music, the creative juice was just flowing and I learned a lot throughout the recording session.”

For the multi-talented singer-songwriter, Haqiem Rusli, he mentioned, “My experience working with Hael was just extraordinary, he’s like a mentor to me and someone whom I admire, he’s very upfront with his views and knows what he wants when it comes to making music.

I’m just super stoked with this collaboration, previously we had tiga suara, now we present something different to hype up our local music scene.”

Head of Label, Rocketfuel Entertainment, Mr. Feros Sayna commented, “In the beginning I approached World Peace Entertainment and FMC Music on this idea to collaborate and they agreed and the rest as they say was history.

Dare I say, history is definitely in the making through Lara because the involvement of three big names in the Malaysian music industry with each singer showcasing their own strength, Hael Husaini, who is undeniably a chart-topping hit-maker, Naim Daniel, the all-rounder young and talented crooner, and Haqiem Rusli, a shy musical prodigy with a great voice.”

“My hope is what every singer hopes for, for our creation to be accepted by music enthusiasts, because the rise and fall of a song depends on you, and you are the reason why we keep on making beautiful music,” Hael ended.

Lara’ is available for download on iTunes Store and as a caller ringtone from all major telecommunication service providers and could be enjoyed through various music-streaming portals such as Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox and Deezer from 1st November 2020 onwards. The official lyric and music video of ‘Lara’ is also available for viewing exclusively on the official Rocketfuel Entertainment YouTube channel on the same day.

-END-

Title                 : Lara

Artists              : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Lyricists           : Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli & MFMF

Composers      : Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli & MFMF

Puaskah kau ku bersalah

Puaskah kau ku derita

Puaskah lena mu seketika

Aku berteman lara

Jelas semua kepadaku

(Chorus)

Kerna yang kau hina

Yang dulu kau puja

Yang kini kau parut derita

Kerna yang kau lupa

Yang dulu cinta

Yang kini kau tinggalkan tanpa bersalah

Puaskah kau ku terbiar

Puaskah kau ku merana

Puas kau tersenyum diketika

Aku menyelindung duka

Jelas semua kepadaku

Lahirnya cintaku

Zahirkan nafasku

Untuk kau nisankan

Oh hampanya diri ini

Lahirnya cinta ku

Zahirkan nafasku

Untuk kau nisankan

Oh hampanya diri ini

(Chorus)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Henry Golding Umum Bakal Bergelar Bapa, Isteri Hamil Anak Pertama

Tahniah Bunga Raya, Aina Abdul Jadi Juara The Masked Singer Malaysia!