in , ,

Sebalik Tabir Muzik Video LANGIT CINTA Dayang Nurfaizah

Bagi membuka tirai tahun 2016, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem berjudul ‘Langit Cinta’ bermula 7 Januari 2016 di pawagam seluruh Malaysia. Baru-baru ini Astro Shaw turut melancarkan rangkaian promosinya bagi menguar-uarkan filem ini secara menyeluruh.

Untitled

Vokal Memukau Dayang Nurfaizah

[dropcap]S[/dropcap]alah satu rangkaian promosinya adalah menerusi lagu tema filem yang berjudul LANGIT CINTA, dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Abd Rahman ini telah muncul dengan konsep muzik lirik video yang dilancarkan 25 November 2015 lalu. Kini, Astro Shaw bakal menampilkan muzik video kedua buat lagu ini dengan konsep yang berbeza.

Konsep muzik video ini yang berlatarkan tema filem cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi memandangkan beliau telah berbincang dan menerangkan tentang mesej yang ingin disampaikan.

Istimewanya, muzik video ini bukan sahaja menampilkan Dayang Nurfaizah malah antara babak menarik menerusi filem Langit Cinta turut diselitkan dalam muzik video ini secara kreatif. Hasil akhir muzik video ini diyakini mampu meruntun hati para penonton.

Muzik video kedua ini dilancarkan di HLive pada 22 Disember 2015. Selain itu mereka boleh mengundi lagu ‘Langit Cinta’ dimainkan lebih kerap di stesen radio. Malah, peminat boleh dengarkan lagu ini secara streaming online menerusi RAKU bermula 14 Disember 2015 lalu. Ia turut boleh didengari di iTunes dan Spotify bermula 22 Disember 2015.

Selain itu peminat turut boleh menikmati lagu ini secara karaoke di Redbox & GreenBox pada Januari 2016. Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir muzik video ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram.

Untitled

Lirik LANGIT CINTA Dayang Nurfaizah

Penulis Lirik & Komposer: Nurzaidi Abd Rahman

Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Ku bermohon
Bawah langit mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta
Sekuat mana pun
Tak kan melepasi
Cinta mu yang suci..

Hati ini
Pedih menanti
Mengharapkan
Kasih kembali
Semua cinta
Yang telah ku beri
Hanya kepadanya
Tak mungkin berganti

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hati nya

Pulang kan dia pada ku
Tak tertanggung merindu
Biar kan kami hidup
Di bawah langit cinta mu

Jika bukan dia
Cinta ku ini
Ambil lah kembali
Dari hati

Memang dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hati nya

Pulang kan dia pada ku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta mu

Ku bermohon
Bawah langit mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat
Mana pun
Tak kan melepasi
Cinta mu yang suci…Ohh…

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem YOU MEAN THE WORLD TO ME

Johan & Nabila Huda Dalam Udin Glamor Balik Kampung Musim Ke-2