in ,

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Kecewa

Tanya saja pada sesiapa, semua pasti mahu menjana wang tambahan. Cuma yang membezakan adalah jenis pekerjaan yang dilakukan. Ada yang suka berniaga, ada yang suka membuat pekerjaan tambahan dan ada juga yang lebih selesa melakukan pekerjaan secara online.

Malah sejak kebelakangan ini muncul pula skim yang mendakwa boleh memberi pendapatan tambahan untuk orang ramai hanya dengan melaksanakan beberapa tugas seperti tonton dan ‘like’ serta tangkap layar skrin sehingga menyebabkan ramai cair dan mula terjebak dengan cara berkenaan.

Namun satu demi satu laman pelaburan sebegini mula goyang malah ahli mereka sendiri sejak beberapa hari lalu mula meluahkan kebimbangan khuatir ditipu antaranya ahli Isharefans selepas cubaan mengeluarkan wang ganjaran mereka dalam laman tersebut gagal.

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Luah Rasa Kecewa
Laman gagal diakses sejak semalam

Terbaru, apa yang dikhuatiri seolah-oleh sudah menjadi kenyataan, laman Isharefan yang sebelum ini masih berfungsi dilaporkan telah pun hilang dan lesap. Malah carian kami sendiri mendapati domain mereka juga sudah tidak dapat diakses berbanding percubaan kami pada beberapa hari lalu.

Yang paling tertekan pastinya ahli-ahli berstatus ‘VIP’ yang telah melaburkan wang sedangkan pengurusan iShare menurut mereka sebelum ini ada berjanji bahawa semuanya akan kembali pulih pada 2 Disember, yakni esok hari.

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Luah Rasa Kecewa

Isu ini kemudian mula hangat diperkatakan di semua laman media sosial sehingga ada yang merasakan laman pelaburan tersebut sudah hilang selamanya.

Malah ahli aktif didalam grup facebook rasmi mereka iaitu, IshareFans Malaysia Official sendiri seoalah tertanya-tanya sesama mereka kerana gagal membuka laman berkenaan dipecayai sejak semalam.

Namun dalam masa sama ada juga yang masih yakin dan merasakan laman berkenaan akan kembali pulih dalam masa beberapa hari seperti yang dijanjikan.

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Luah Rasa Kecewa

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan polis sedang menyiasat satu skim pelaburan yang dipercayai satu lagi laman pesaing iaitu LikeShare yang didakwa telah memperdaya ramai mangsa sehingga melibatkan kerugian kira-kira RM20,000

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pihaknya ada menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan seorang pengarah syarikat mendakwa mengalami kerugian RM9,888.

Selain itu mereka juga ada menerima satu lagi laporan dari Sentul, seorang eksekutif lelaki yang turut mendakwa ditipu.

Susulan laporan pihaknya telah membuat serbuan dan risikan di ibu pejabat syarikat berkenaan iaitu Revorit It Solutions Sdn Bhd yang terletak di KL Eco City namun mendapati ia tidak lagi beroperasi sejak 9 November 2020.

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Luah Rasa Kecewa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Tak Tahu, Mac Mini M1 Terbaharu dari Apple Kini Dihasilkan di Malaysia

Covid-19 Berpanjangan, Uyaina Arshad Terkilan Terlepas Banyak Tawaran