in

Laluan baru dari Johor Bahru ke Guangzhou, China

AirAsia melancarkan penerbangan terus dari Johor Bahru Ke Guangzhou, menjadikan Senai sebagai pintu masuk baru pelancong dari China ke wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Penerbangan harian ini akan memulakan operasi pada 29 Mei 2016.

Penerbangan yang menghubungkan Johor Bahru dengan bandar Guangzhou merupakan laluan ke 17 AirAsia ke China dari Malaysia, dan laluan kedua ke China yang dilancarkan tahun ini selepas Shantou.

Penerbangan harian akan bermula pada 29 Mei 2016 dengan tambang termasuk semua dari serendah RM88* sehala

[pullquote]T[/pullquote]ambang termasuk semua dari serendah RM88* sehala tersedia untuk ditempah secara online dia airasia.commulai hari ini sehingga 28 April 2016 bagi tempoh perjalanan mulai 29 May hingga 29 Oct 2016. Selain dari itu tambang promosi tersebut juga boleh didapati melalui AirAsia’s mobile app iPhone dan Android selain di laman mudah alih mobile.airasia.com

Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, “hab Selatan AirAsia iaitu di Johor Bahru merupakan salah satu hab yang sedang dikembangkan untuk tahun ini, dan kami berasa gembira dapat menghubungkan Johor Bahru, dengan bandar Guangzhou, China. Laluan unik ini akan dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dan kami berharap dengan adanya laulan ini akan meningkatkan lagi bahagian pasaran kami di Johor Bahru.

Md Derick Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd berkata, “Lapangan Terbang Senai gembira memperkenalkan laluan baru ke China oleh AirAsia. Dengan perkembangan berterusan Iskandar Malaysia, terdapat banyak permintaan untuk penerbangan antara Johor dan bahagian-bahagian tertentu di China. Kami yakin bahawa laluan baru Johor Bahru–  Guangzhou yang diperkenalkan oleh AirAsia akan menjadi satu kejayaan. Kami telah meneliti mengenai kemungkinan memulakan laulan Johor Bahru – laluan China dengan beberapa pihak dan AirAsia ialah syarikat penerbangan pertama merebut peluang ini. Ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam untuk membangunkan Lapangan Terbang Senai sebagai hab secondary mereka kedua, selepas klia2. Kini, rakyat Johor boleh melancong ke China dengan lebih mudah. Sebelum ini, mereka terpaksa melakukan perjalanan ke klia2 untuk mengambil penerbangan ke China tetapi kini dengan penerbangan harian baru antara Johor dan Guangzhou oleh AirAsia, mereka tidak perlu ke klia2 lagi.”

YB Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor berkata, “Kerajaan Negeri menyambut baik keputusan Syarikat AirAsia untuk mengadakan perkhidmatan penerbangan Johor Bahru – Guangzhou dan berpandangan bahawa penerbangan berjadual ini adalah tepat pada masanya kerana berlakunya peningkatan pelancong, perniaga dan pelabur Negara China khususnya Guangzhou berkunjung ke Johor.”

“Inisiatif ini dapat memendekkan jarak dan meningkatkan kemudahsampaian rakyat kedua-dua Bandaraya seterusnya membantu meningkatkan jalinan kerjasama dalam bidang pelancongan, perdagangan dan pelaburan. Tambahan pula, e-VISA dan ENTRI yang dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan sejak Mac yang lalu dapat memudahkan pelawat China yang ingin melawat ke Johor,” tambah beliau.

Kumpulan AirAsia kini mengendalikan sebanyak 139 penerbangan mingguan ke dalam Johor Bahru Senai International Airport, termasuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Dahulunya dikenali sebagai Canton, Guangzhou adalah sebuah bandar pelabuhan luas yang terletak di barat laut Hong Kong di Sungai Pearl. Ibu kota Wilayah Guangdong ini adalah sebuah metropolis yang ketiga terbesar selepas Beijing dan Shanghai, China. Para pelancong ke Guangzhou harus menikmati pemandangan bandar malam yang menakjubkan, berjalan di sepanjang tebing Sungai Pearl, naik ke bahagian atas Menara Canton untuk menikmati pemandangan bandar mata burung, melawat Tokong sejarah pokok Banyan enam dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter(twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Johor Bahru, Malaysia (JHB) – Guangzhou, China (CAN):

Flight No. Dari Ke Berlepas  Tiba  Kekerapan
AK 1394 JHB CAN 2200hrs 0200hrs+1 Harian
AK 1395 CAN JHB 0300hrs 0650hrs Harian

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Empat Sebab Mengapa Anda Patut Kunjungi AirAsia Travel Fair 2016

Kegunaan Lain Tempat Sandaran Kepala Kerusi Kereta