in , ,

Lakonan Pierre Andre Yasmin Hani dalam Menantu Petai

GELAK SAKAN PADA MALAM RABU BERSAMA MENANTU PETAI

Telefilem terbaru TV9 menerusi Skrin Di 9 minggu ini adalah Menantu Petai, sebuah kisah lucu yang pastinya akan menceriakan lagi malam Rabu anda. Berkisarkan tentang kehidupan Razi (Pierre Andre), seorang pekerja kilang yang baru sahaja diberhentikan kerja dan terpaksa mengganggur. Tunangnya, Yati (Yasmin Hani), mula risau kerana ibunya, Cik Kalsom (Khatijah Tan), pasti akan memarahi mereka apabila mengetahui tentang perkara ini.

Menantuku petai

Cik Kalsom merupakan seorang yang garang dan begitu menginginkan seorang menantu yang mempunyai kerja tetap untuk menampung kehidupan anaknya. Walaupun dia tahu Yati begitu menyayangi Razi, namun Cik Kalsom tetap memberi kata dua iaitu jika Razi tidak mendapat pendapatan tetap secepat mungkin, dia tidak akan teragak-agak untuk memutuskan pertunangan mereka.

Dengan perasaan penuh hiba dan kecewa, Razi akhirnya meminta nasihat bapanya, Pak Akob (Bob Lokman) tentang masalahnya ini. Pak Akob pun tahu betapa susahnya untuk mendapat kerja, lalu dia mencadangkan Razi untuk mengusahakan kebunnya yang ditanam dengan ubi kayu, pisang, cili dan pokok petai itu. Razi langsung tidak berminat dengan pertanian tetapi kerana terpaksa, dia tetap menguatkan semangat untuk menolong bapanya.

Dalam usahanya untuk mengumpul duit, muncul pula Sudin (Ngasrizal Ngasri), seorang jejaka yang begitu menggilai Yati. Dia sanggup buat apa sahaja untuk menawan hati Yati dan sering kali menghina dan mengetawakan Razi yang dianggapnya seorang yang tidak layak untuk mengahwini Yati. Sudin juga menjadi batu api apabila dia memberitahu Cik Kalsom yang Razi tiada masa hadapan yang cerah dengan kebunnya itu. Cik Kalsom pula selalu sahaja termakan dengan hasutannya itu.

Pada suatu hari, Pak Akob telah meminta Razi untuk memasak dan dia tidak tahu apa hendak dimasaknya kerana hanya ada ubi kayu, petai, cili padi, tempoyak dan ulam raja di dapur. Oleh kerana terlalu lapar, Razi telah membuat sambal tempoyak petai dan hasilnya begitu sedap sekali. Bapanya terus mencadangkan untuk membuka perniagaan sambal kerana yakin ia akan membawa pulangan yang lumayan. Yati juga sudah setuju untuk bekerjasama dengan Razi, Pak Akob dan Guntur (Sabri Yunus), rakan baik Pak Akob, dalam menjayakan perniagaan ini.Apabila Sudin mendapat tahu tentang bisnes sambal Razi, mulalah dia merancang pelbagai strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan Razi.

Apakah yang bermain di dalam fikiran Sudin? Dan adakah Cik Kalsom akan bersetuju dengan perniagaan sambal ini? Atau mungkin kerana sambal tempoyak petai ini, pertunangan Razi dan Yati akan berakhir? Saksikan kesudahan Menantu Petai pada 9 Mac ini (Rabu) jam 8.30 malam, hanya di TV9! Telefilem Menantu Petai ini diarahkan oleh Pierre Andre terbitan A. Aida Production.

Menantuku petai

Menantuku petai

Menantuku petai

Menantuku petai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Took Talented Designer to Paris Fashion Week

Sasha Bashir Dansa II The Journey Continues