in

Laguna Music Lancar Album Guba Berjudul HILANG

LAGUNA MUSIC MELANCARKAN ALBUM SOLONG GUBA, ‘HILANG’

Laguna Music dengan bangganya melancarkan album sulung dari penyanyi solo, Guba yang berjudul Hilang.

Hilang nyanyian Guba yang jujur bersama adunan melodi evergreen dan penuh dengan perasaan menjadikan album ini mampu menjadi dendangan untuk beberapa tahun akan datang, menurut seorang peminat muzik tempatan.

Guba – Aku Pergi (Official Lyrics Video)

Klik here untuk ke Video Aku Pergi: TONTON VIDEO

Album ini mengandungi 10 buah lagu termasuk dua single terawal Guba iaitu “You & Me” dan duet popular bersama Yuna dalam lagu “You’re So Fine” yang telah mendapat siaran meluas di corong-corong radio tempatan. Kedua-dua buah lagu juga berjaya menakluki tangga teratas Borneo English Top Ten (BET 10) di Hitz.FM Kota Kinabalu, Malaysia English Top Ten (MET 10) di Hitz.FM dan Malaysia Top 40 di XFM baru-baru ini.

Guba Hilang

Kelahiran Sabah, Gabriel Robert, atau lebih dikenali sebagai Guba, menyertai syarikat rakaman indie Laguna Music pada tahun 2011. Membesar di Sabah, Guba menulis lagu-lagu beliau yang dikategorikan sebagai Alternative-Folk dalam dwi-bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Guba dikagumi ramai dengan kemerduan petikan gitar bersama penyampaian nyanyian yang tenang, jelas dan santai dalam setiap lagu yang menghasil “emosi yang mampu mengusik hati seterusnya mencipta perjalanan muzikal yang indah untuk halwa telinga dalam pelbagai cara”. Kesemua lagu dalam album Hilang ini ditulis dan digubah oleh Guba sendiri, membuktikan bakat muzik beliau yang luar biasa.

Penghasilan album ini melibatkan enam orang jurutera rakaman di tiga buah studio rakaman yang berbeza. Diketuai oleh produser utama, Jeffrey Little (Prana, Estrella, SevenCollar T-Shirt, PureVibracion) yang bekerjasama dengan rakan-rakan produser lain; Saiful Ridzuan (SevenCollar T-Shirt, Estrella) dan Jason Voo bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik yang disegani berjaya menyiapkan album ini dalam tempoh satu tahun. Album ini telah diadun oleh Mohd Hafiz (Pesawat, Lab the Rat) di Tune Studios, manakala mastering oleh Joe Gastwirt (311, Pearl Jam, Grateful Dead) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pengarah Urusan Laguna Music, Jeremy Little berkata, “Kami amat gembira dengan pengeluaran album ini selepas bekerja keras sepanjang tahun bersama pemuzik-pemuzik dan produser-produser berbakat di Malaysia. Penyampaian Guba dalam penulisan lagu dan rakaman amat menakjubkan dan kami dengan bangganya menggelarkan album ini sebagai salah satu produksi terbaik yang dihasilkan oleh Laguna Music”.

Album ini akan berada di pasaran dalam bentuk fizikal dan digital bermula daripada 18 Julai 2012. Album fizikal dijual dengan harga RM29.90 di kedai-kedai muzik seluruh Malaysia manakala format digital dalam bentuk lagu penuh untuk di muat-turun dan streaming serta nada-pemanggil (RBT). Pra-pesanan album fizikal boleh dibuat bermula dari 9hb Julai sehingga tarikh keluaran di Laguna Online Music Store, www.lagunamusicstore.com.

Guba Hilang

ULASAN ALBUM GUBA – HILANG

Terus terang saya nyatakan bahawa album sulung Guba “Hilang” adalah amat menakjubkan. Anak Kelahiran Sabah ini memberikan persembahan nyanyian yang jujur bersama adunan melodi evergreen menjadikan album ini mampu menjadi dendangan untuk beberapa tahun akan datang.

Guba mencipta muzik klasik dan tidak mengikuti trend. Emosi dalam lagu yang mampu mengusik hati seterusnya mencipta perjalanan muzikal yang indah untuk halwa telinga dalam pelbagai cara. Penulisan beliau dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia yang amat bagus ditambah dengan kemahiran beliau menulis lirik yang indah, begitu jarang untuk didapati kebelakangan ini.

Anda mungkin terfikir wow, ini patut ke tahap antarabangsa! Hilang akan merubah keseronokan mendengar anda kepada tahap ketenangan yang tiada bandingan. Kehadiran Guba ke industri muzik sesuatu yang bijak kerana Hilang adalah salah satu album terbaik dan jujur yang saya pernah dengar tahun ini.
– Kevin Yeoh, Wartawan Muzik.

Album ini dihasilkan dengan baik dan Guba juga memberikan nafas baru kepada dunia penyanyi-pencipta lagu tempatan… Pertama kali saya melihat gambar Guba, saya terfikir sendiri “budak ni sepatutnya menjadi penyanyi untuk kumpulan emo/metal atau seantaranya” tetapi nyanyiannya kedengaran seperti Rufus Mainwright dan, ini agak melucukan, terdapat sedikit sinar-sinar hebat. Album ini penuh dengan perasaan dan saya suka duet dengan kedua-dua gadis, mereka berdua adalah kacukan yang amat sempurna…
– Ili Mohamed, Pemerhati Muzik.

SENARAI RUNUT
1. Purple River
2. Oh Please
3. You And Me
4. You’re So Fine (Feat Yuna)
5. Aku Pergi
6. Sunday Morning
7. Alright
8. A Beauty Company (Feat Diana Danielle)
9. Did We
10. Hilang

MAKLUMAT ALBUM
Semua lagu ditulis dan digubah: Gabriel Robert
Produser: Jeffrey Little, Jason Voo & Saiful Ridzuan
Rakaman studio: Greenhouse Studio, Tune Studios & Zahid Ahmad Drumworks Studio
Jurutera Rakaman: Jeffrey Little, Hafiz Ahmad, Bijan Fx, Jason Voo, Tom Bollock, Saiful Ridzuan
Album Mixed by: Hafiz Ahmad @ Tune Studios
Album Mastered by: Joe Gastwirt @ Joe Gastwirt Mastering
Terbitan: Laguna Music
Sub-Published by: Universal Music Publishing Malaysia

Pembelian album secara online @ Laguna Music Online Store –
http://store.lagunamusic.my/232-guba-hilang

Retail Stores (Malaysia): Rock Corner, Speedy Video, Victoria Music
Digital Stores: iTunes, Wowloud, Spotify, Rdio, Amazon, Maxis, Celcom, Digi

Maklumat lanjut mengenai Guba dan albumnya boleh di dapati di:
www.lagunamusic.my/artists/laguna-artists/guba.html
www.facebook.com/gubafb
www.twitter.com/gubamusic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysians Closer to the Top tvN K-Pop Superstar

Photos U Mobile Raya Open House