in , , ,

Senarai Lagu Tugasan Finalis Gegar Vaganza 2019, Wann & Noorshila Amin Tak Berjaya Ke Konsert Akhir

Konsert kesembilan ‘Gegar Vaganza’ Musim Keenam (GV6) bertemakan ‘Suara Komposer’ Ahad lalu menyaksikan kebangkitan One Nation Emcees (ONE) yang memecah tradisi penganjuran ‘GV’ sebagai kumpulan pertama yang berjaya mengungguli kedudukan teratas sewaktu pusingan suku akhir tersebut.

Persembahan cemerlang ONE menerusi lagu ‘Hati Emas’ yang pernah dipopularkan oleh komposer dan penyanyi tersohor, Dato’ M Nasir berjaya memukau barisan juri yang sebulat suara memberikan markah sebanyak 80%. Sementara itu, Hady Mirza dan Naqiu BOBOY juga turut berada di kedudukan yang selesa di tangga kedua dan ketiga selepas ONE. Hady Mirza yang membawakan lagu rock malar segar ‘Taman Rashidah Utama’ berjaya mendapat markah sebanyak 76%. Manakala Naqiu BOBOY pula di tangga ketiga dengan 70% menerusi lagu yang bergenre irama Malaysia berjudul ‘Tinting’.

Minggu lalu juga turut menyaksikan Norshila Amin, Sham VISA dan Wann berada di kedudukan bahaya tiga terbawah. Wann berada di kedudukan terakhir dengan markah sebanyak 56%. Walau bagaimanapun, produksi ‘GV’ sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa tiada sebarang penyingkiran dibuat untuk pusingan suku akhir. Dengan pengumuman ini, kesemua 8 bintang ‘GV6’ layak mara ke pusingan separuh akhir.  

Pentas akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada 22 Disember ini bakal menyaksikan pertembungan antara enam finalis dalam merebut takhta juara. 

Mereka adalah lima penyanyi solo iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), Jatt Ali dan Hady Mirza, serta penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees. 

Persaingan akhir yang bakal diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan para peserta diberi dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan ‘battle’. 

Berikut Senarai Lagu Konsert Minggu Akhir GV6:

SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2019 (GV2019)

  1. Hady Mirza – Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  2. Naqiu Boboy – Srikandi Cintaku (Bloodshed) 
  3. Jatt – Without You (Harry Nilsson) 
  4. One Nation Emcees – Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
  5. Nurfatima – Insan (Yantzen) 
  6. Sham Visa – Haruskah Diuji (Farish)

Lagu Pusingan Battle (Nama penyanyi belum didedahkan) 

  1. Haa Tepok – MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe 
  2. In The End – Linkin Park 
  3. Angguk Angguk Geleng Geleng – Ahli Fiqir

Penilaian juri profesional masih mengekalkan khidmat juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri undangan mingguan. 

Program realiti itu dikendalikan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain medium digital iaitu Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafreez Adam & Zara Zya Putus Tunang November Lalu, Tidak Gaduh, Berpisah Secara Baik

Peraduan Premiere With Budiey Filem IP MAN 4 : The Finale