in ,

Lagu Tak Bisa Memilihmu di Carta Era & Opening Act Konsert Samsons

Kita telah pun menikmati lagu 6ixth Sense, Tak Bisa Memlihmu. Ramai yang berpendapat lagu tersebut sememangnya mempunyai mutu, keistimewaannya tersendiri dan digemari ramai. Terbukti, lagu ini sudah 5 minggu berada dalam Carta Era di Radio Nombor Satu Negara iaitu Radio Era. Terkini, untuk pengetahuan anda lagu Tak Bisa Memlihmu telah pun berjaya menduduki tempat ke-4 dalam Carta Era. Tahniah! Kepada anda yang memilih lagu ini untuk diputarkan di Radio Era, ribuan terima kasih kami ucapkan. Teruslah memberi sokongan anda dengan memilih lagu ini di masa akan datang. Pastikan Lagu Tak Bisa Memilihmu menjadi juara Carta Era pula!

sixh sense

sixth sense jumping

kredit foto: Jinggo Fotopages

Tanggal 11 Ogos 2007, bertempat di Auditorium Menara PGRM, Cheras telah berlangsung Konsert Samsons di mana 6ixth Sense telah diundang sebagai artis undangan. Sebanyak 4 buah lagu telah dipersembahkan oleh 6ixth Sense iaitu Begitu Indah, Hari Ini Dan Semalam, Tak Bisa Memilihmu dan Rayuan Gombal. Persembahan 6ixth Sense menerima pujian ramai pihak terutama sekali penonton yang datang rata-ratanya terhibur dengan gaya persembahan dan mutu penghayatan yang memberangsangkan. Boleh dikatakan persembahan opening act dari 6ixth Sense telah berjaya menghangatkan lagi pentas konsert. Penampilan 6ixth Sense dalam konsert besar seperti ini diharapkan dapat memperkenalkan lagi 6ixth Sense di kalangan peminat muzik di Malaysia. Lagu-lagu baru dari album terbaru 6ixth Sense yang didendangkan sudah tentu akan membuat penonton lebih teruja untuk mendengarnya dan seterusnya akan membeli album terbaru dari 6ixth Sense di pasaran. Sememangnya adalah menjadi harapan dan aspirasi 6ixth Sense untuk mengadakan konsert mega seperti Konsert Samsons ini. Semoga peminat akan terus memberikan sokongan kepada band ini.

[tags]konsert samsons, carta era lagu terbaik, anugerah era, anugerah era 07, anugerah era 2007, komen anugerah era 07, sixth sense opening act, anugerah era ulasan, pemenang anugerah era 2007, keputusan anugerah erra, gambar pertunangan erra fazira engku emran, majlis pertunangan ef dan ee, lirik lagu tak bisa memilihmu, persembahan anugerah era, showcase pra anugerah era, showcase anugerah era, gambar artis era video 3gp percuma, video klip ramadan[/tags]

carta era

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?

LOST, Siri TV Amerika Popular Kini Kembali di 8 TV