in , ,

Lagu SEMBAH Naim Daniel Inspirasi Kolaborasi Michael Jackson & Carlos Santana

Tidak sampai 24 jam dilancarkan, video muzik lagu Sembah nyanyian Naim Daniel feat pemain gitar legenda, Man Keedal dilayari lebih 100,000 tonton dan muncul dalam kedudukan ke-17 ‘trending’ di saluran YouTube.

Penyanyi yang diangkat juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 menerusi lagu Sumpah itu berkata, awalnya dirinya tidak berhasrat menampilkan video muzik kerana berasakan memadai dengan video lirik yang dilancarkan pada Februari lalu yang kini sudah mencatat lebih empat juta tontonan.

Bagaimanapun, katanya, atas permintaan peminat, akhirnya terpaksa akur menghasilkan video muzik Sembah.

“Saya tak terfikir menghasilkan video muzik. Bagi saya, cukuplah video lirik yang ada, tetapi peminat asyik bertanya bila mahu terbitkan video muzik.

“Jadi, kami terus mengadakan penggambaran sejurus tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan aktiviti penggambaran dibenarkan.

– Naim Daniel

Antara babak dalam video muzik Sembah yang kini dilayari lebih 100,000 tonton dalam tempoh tak sampai 24 jam. – Foto Naim Daniel

“Penggambaran video muzik bermula petang hingga tengah malam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa tekanan. Cuma berlaku sedikit letupan berikutan menggunakan api untuk babak kemalangan, tetapi berjaya diatasi pengarah seni dengan baik tanpa kecederaan,”

– Naim Daniel

Menerusi video muzik istimewanya, Naim memilih tampil dengan imej berbeza apabila menjalin rambutnya seperti lelaki berkulit hitam.

Naim berkata, ia adalah simbolik dan tanda sokongannya kepada kempen Black Lives Matter bagi memerangi isu perkauman.

“Jalinan rambut pada kalangan masyarakat Afrika pada zaman dahulu sesuatu yang cukup berharga buat mereka. Sebenarnya jalinan pada rambut digunakan sebagai kod untuk mereka berborak dengan komuniti sosial.

“Ia digunakan golongan hamba abdi untuk menyelesaikan masalah untuk lari daripada pihak penguasa dengan menggunakan peta pada jalinan rambut. Apa yang cuba dipaparkan adalah satu perjalanan membebaskan diri daripada bertarung dengan diri sendiri,”

– Naim Daniel

Sementara itu, gitaris kumpulan Lefthanded, Man Keedal berkata, dia kagum dengan kreativiti dimiliki Naim.

Pemain gitar berusia 57 tahun itu berkata, pembabitannya dalam video muzik Sembah membuatkannya terkenang nostalgia bersama bersama kumpulan Lefthanded.

“Saya suka kreativiti visual dimiliki Naim. Dia, seorang yang istimewa, karyanya sesuai dengan momen yang hendak dihasilkan. Ia akan menjadi lebih menarik.

“Naim dan penyanyi lain perlu tunjuk kepada peminat ketika menghasilkan video muzik. Ia bukan kerja mudah kerana daripada penggambaran selama dua tiga hari, peminat hanya melihat hasil untuk tempoh lima hingga 10 minit sahaja.

“Ada kala peminat tidak faham, mereka tak tahu menghasilkan video muzik membabitkan masa, kos dan kreativiti. Jadi, ia perlu kerap ditunjukkan kepada peminat supaya mereka tahu betapa serius seorang penyanyi dan pasukannya menghasilkan terbaik demi peminat,” katanya.

– Naim Daniel

Single Sembah dihasilkan bersama komposer Ikkie Hue bertujuan memberikan penghargaan kepada pemain gitar legenda itu. Ia mengambil inspirasi daripada kolaborasi mendiang Michael Jackson bersama pemain gitar legenda, Carlos Santana menerusi lagu What Ever Happens.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Kaw Kaw Bookxcess Online Tawar Harga Buku Serendah RM1

Sugu Pavithra Padam atau Setkan Video di YouTube Sebagai Private?