in

Salam Semua Lagu Duet Aaron Aziz Dengan Sleeq

Aaron Aziz Nyanyi Duet Dengan Kumpulan Sleeq dalam lagu Salam Semua

Kumpulan Sleeq kini semakin menempa nama sejak bernaung di bawah pengurusan Aaron Aziz Productions. Tak kurang, strategi Sleeq untuk berduet dengan Ramlah Ram dalam lagu Sesaat Kau Datang dan juga Najwa Latif dengan lagu Untuk Dia sangat berkesan. Ternyata, impak populariti Sleeq membuatkan ramai yang tertunggu lagu terbaru dari mereka.

Sleeq

Akan datang, Budiey ada dengar Sleeq akan berduet pula dengan nama besar dalam industri hiburan Malaysia iaitu Aaron Aziz dalam sebuah lagu berjudul SALAM SEMUA. Budiey pun belum dengar lagu duet Sleeq dengan Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 itu. Tapi yang pasti, lagu single terbaru itu dijangka akan diterima dan akan mendapat sambutan hangat oleh peminat Aaron Aziz kerana ini pertama kali Aaron Aziz menyanyi bersama Sleeq.

Walaupun sibuk dengan pengambaran filem berjudul Lari arahan Ahmad Idham bersama pelakon Dira Abu Zahar di Perlis, namun Aaron Aziz masih sempat untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk melibat perkembangan single terbaru bersama Sleeq.

Menurut Aaron Aziz, pencapaian kumpulan Sleeq untuk lagu Untuk Dia sangat membanggakan di mana muzik video lagu duet bersama Najwa Latif itu ditonton oleh lebih 7 juta penonton di Youtube. Aaron Aziz sangat terkejut dengan penerimaan penonton dan berterima kasih kepada Najwa Latif juga kerana aura dan jumlah peminat Najwa juga banyak membantu.

Sleeq dikatakan sangat berbakat dan berpotensi untuk terus berkembang. Pada mulanya, Sleeq bermula dengan menguruskan dan menghasilkan skor muzik untuk drama serta iklan. Mereka sangat berdisiplin dan senang bekerjasama.

Bagaimana boleh terdetik untuk berduet dengan Sleeq? Menurut Aaron, sejujurnya tidak pernah terlintas untuk saya ceburi pasaran muzik. Namun bakat dan azam ditunjukkan Sleeq membuatkan saya terpanggil untuk mencuba.

Single duet Aaron Aziz bersama Sleeq akan dilancarkan tak lama lagi. Semasa rakaman lagu tersebut, Aaron Aziz mengakui sangat gementar dan tak dapat dilupakan sebab ianya satu pengalaman baru sepanjang karier beliau.

Aaron Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

Album The Best Of Innuendo