in ,

Azwan Ali, Michael Ang & Elly Mazlein Jadi Pengacara LAGU CINTA KITA Musim Ke-2

Jatuh hati pada pandangan pertama sering didengari tetapi bagaimana pula dengan jatuh hati pada lagu pertama? Adakah dua hati bakal bersatu dengan irama, keserasian dan personaliti?

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia kembali dengan musim ke-2 yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 8 episod. Anda juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my  

Lagu Cinta Kita telah menobatkan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara musim pertama. Keserasian mereka yang diwujudkan juga membibitkan perasaan cinta sehingga ke jinjang pelamin. Mereka telah berkahwin pada 25 Julai 2020 dan kini mengusahakan bisnes barangan penjagaan diri dan kosmetik. Pasangan ini juga memiliki sebuah single ‘Lagu Cinta Kita’’ yang merupakan lagu OST kepada drama bersiri Pink Smile. Siapakah pasangan duet yang bakal disatukan dalam musim ke-2 nanti? 

Lagu Cinta Kita Musim Ke-2

Irama Lagu Yang Bakal Mengikat Dua Hati

Lagu Cinta Kita Ke-2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama. 

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Lagu Cinta Kita bakal menampilkan peserta yang sangat sesuai untuk disatukan dan dipertemukan melalui pilihan lagu yang sesuai dengan personaliti mereka. Dalam usaha memangkinkan kisah cinta melalui lagu, kita juga menjemput ramai selebriti tempatan untuk mengambil tempat sebagai panelis cinta secara langsung di TV3. Saya pasti rancangan ini akan berjaya menjodohkan lagu dan cinta di antara dua insan.”

Lagu Cinta Kita Ke-2 dihoskan oleh Elly Mazlein yang akan digandingkan dengan pasangan hos yang berlainan iaitu Michael Angdan Azwan Ali sehingga beliau menemui pasangan sejolinya. Program ini mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap dan beliau bakal bersama-sama dengan gandingan baharunya, Mas Idayu. Mereka berdua akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod. 

Selain itu, Lagu Cinta Kita Ke-2 juga akan menampilkan selebriti popular yang berlainan pada setiap episod. Beliau akan menggalas tugas sebagai panelis cinta untuk memberi komen tentang keserasian dan berkongsi kisah cinta romantis sendiri dengan pasangan berduet. Lebih menarik lagi, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini. 

Lagu Cinta Kita Ke-2 menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Seperti musim lalu, para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Pencarian peserta musim kedua telah berlangsung secara atas talian pada 1 – 15 Oktober. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita2. Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Lagu Cinta Kita Musim Ke-2

Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.

Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini. 

Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.

Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.

Lagu Cinta Kita Musim Ke-2

Lagu Cinta Kita Ke-2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi. Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa dan Russel Mark Rodriguez sebagai penerbit eksekutif, Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal menemui penonton TV3 secara siaran langsung bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shalma Eliana Muncul dengan Single Terbaharu Berjudul AROMA

Apple Ingin Memantau Kadar Tekanan Darah Anda Melalui Apple Watch