in

Lagu Buai Kumpulan Coda Siti Nurhaliza Productions

Kumpulan Coda pula mempertaruhkan single pertama berjudul Buai yang dicipta oleh Coda sendiri dan liriknya oleh Zura. Lagu Buai pernah dinyanyikan oleh Coda sewaktu muncul dalam rancangan Zoom In Bersama Siti Nurhaliza tidak lama dulu.

Lagu ini antara 10 lagu yang dimuatkan dalam album Coda yang akan menemui peminat selepas hari raya kelak. Menurut Coda, kumpulan ini bersungguh-sungguh mahu menempatkan nama mereka sebaris kumpulan muzik terkenal lain menerusi bakat yang mereka miliki.

Kelebihan kumpulan ini adalah kerana mereka mampu mencipta lagu, menulis lirik dan membuat susunan muzik sendiri. Rakaman album Coda dibantu oleh gitaris ternama Nan yang bertindak sebagai penasihat dan penerbit album mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler

Gambar Selebriti di Karpet Merah FFM21