in , , ,

Lagu Berhantu Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik di SFMM34 Minggu Ke-2

Jumaat lepas, kehangatan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) diteruskan lagi dengan menampilkan 11 buah lagu yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi baharu dan lebih senior di minggu kedua.

Walaupun persaingan amat sengit, “lagu berhantu” oleh Naim Daniel yang berjudul Sumpah berjaya mendahului 10 lagu yang lain dan dinobat sebagai lagu terbaik. Namun, ini tidak bermakna lagu ciptaan Omar K dan Naim sendiri ini sudah layak untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 

Barisan artis yang telah membuat persembahan di minggu kedua SFMM34

Naim berkata dia amat berbangga dengan pencapaiannya pada malam tersebut. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan barisan juri profesional ini. Sebenarnya, saya memang tidak sangka lagu Sumpah akan diangkat sebagai lagu terbaik minggu ini. Insya Allah sekiranya ada rezeki, saya berharap lagu ini akan berjaya ke peringkat seterusnya,”

Sementara itu, persoalan siapakah yang akan mengganti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir akhirnya terjawab apabila lagu Anta Permana dipersembahkan oleh Bob Yusof, manakala tempat Faizal pula digantikan oleh Fairuz Misran yang mirip Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bagi lagu Ragaman.

Selain Naim Daniel, Bob Yusof dan Fairuz Misran, minggu kedua SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Akim & The Majistret (Rampas), Adira (Pujaan Hati), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita), Muna Shahirah (Teguh Setia), Sarah Suhairi (Pedih), Tomok (Bekas Kekasih) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian).

Setiap persembahan pada malam tersebut juga diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer sebagai ketua juri. Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh Datuk Hattan yang telah mendendangkan lagu-lagu hit seperti Rendang Tak Berbuah dan Kepadamu Kekasih.

Minggu ketiga SFMM34 yang akan berlangsung pada Jumaat ini (29 November, pukul 9.00 malam) merupakan pusingan paling genting di mana 12 lagu yang layak untuk bertanding di pentas AJL34 akan diumumkan. Selain itu, nantikan juga kemunculanKumpulan Shades untuk persembahan selingan.

SFMM34 turut disokong oleh rakan radio iaitu Hot FM & Kool FM, serta rakan digital iaitu Ohbulan!, Xtra dan Senang Terhibur. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir minggu ketiga pada 27 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34. Malah, para pengunjung juga boleh saksikan SFMM34 secara strim langsung di saluran www.tonton.com.my. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 bagi menghangatkan lagi SFMM34 di laman media sosial anda.

Berikut adalah senarai lagu untuk minggu ketiga:

  • Persembahan SFMM34 (Minggu ketiga, 29 November)
 ARTISLAGUKOMPOSERPENULIS LIRIK
1.KUGIRAN MASDODindaAli SariahAli Sariah
2.HAZAMA THE PENGLIPURLARAPenemanTamTam
3.MARSHA MILANBimbangFarouk RomanAmylea
4.AMYLEA X MEGATTetap KamuFarouk RomanAmylea
5.INDAH RUHAILAPudarAmyleaAmylea
6.AINA ABDULSumpahAina AbdulAina Abdul
7.AMAN RABangunNavigatorAman RA
8.ALYAHJutaan PurnamaEzra Kong,Hael Husaini,Omar K Ezra Kong,Hael Husaini,Omar K
Tomok - Bekas Kekasih Muna Shahirah - Teguh Setia Sarah Suhairi - Pedih Ernie Zakri - Ku Bersuara Adira - Pujaan Hati Bob Yusof - Anta Permana Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita Fairuz Misran - Ragaman Naim Daniel (Sumpah) Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) Akim _The Majistret - Rampas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Malaysians Receive RM33,000 Grants From Krishen Jit Fund

Program Majalah Wanita Her Hope Bantu Masalah Wanita