in , ,

Kylie Jenner Jual Saham Pemilikan Kylie Cosmetics RM2.5 Bilion

Kylie Jenner dilaporkan telah menjual saham miliknya yang berjumlah RM2.5 bilion (AS$600) juta menerusi perniagaan kosmetik miliknya, Kylie Cosmetics.

Kylie, 22, sebelum ini dinamakan sebagai bilionaire paling muda dunia tahun lalu selepas jenama kosmetiknya mencatatkan jualan tingi menerusi produk penjagaan bibir dan pembayang mata. 

Adik kepada Kim Kardashian itu mengambil keputusan menjual 51 peratus saham miliknya kepada sebuah syarikat kecantikan Coty yang turut menaungi jenama seperti Max Factor, Clairol dan CoverGirl. 

Walaupun sudah menjual sahamnya, Kylie dikatakan masih lagi mengemudi bahagian kreatif jenama Kylie Cosmetics manakala Coty menguruskan sepenuhnya hal berkaitan kewangan syarikat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic

Astro Tawarkan Diskaun Eksklusif Sempena Cuti Sekolah Ini!