in ,

KRU Entertainment Bakal Lancar Platform e-Dagang Sendiri Diberi Nama iLike

KRU Entertainment bakal tampil dengan platform e-dagang dikenali sebagai iLike dan akan dilancarkan bermula 11 Oktober ini.

Tidak dapat dinafikan kini lebih banyak syarikat penerbit cuba melebarkan perniagaan mereka supaya tidak terlalu bergantung pada satu-satu sumber sahaja termasuklah KRU Entertainment yang turut sama melebarkan sayap perniagaan mereka apabila bakal melancarkan platform e-dagang mereka sendiri tidak lama lagi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment iaitu Dato’ Norman Abdul Halim, platform e-dagang itu akan diberi nama iLike yang mana ia merupakan salah satu transformasi syarikat. 

KRU Entertainment Bakal Lancar Platform e-Dagang Sendiri Diberi Nama iLike
Dato’ Norman Abdul Halim turut menjalin kerjasama diantara Santai Travel & KRU bagi bersama-sama merancakkan semula industri pelancongan tanah air melalui platform e-dagang iLike kendalian KRU.

“Platform iLike adalah satu platform e-dagang yang kami rancang sejak September tahun lalu dan kini memasuki fasa terakhir sebelum dilancarkan. 

“Ini adalah platform untuk membantu golongan berpengaruh seperti artis, ikon dalam pelbagai bidang bahkan ‘influencer’ mikro untuk mempromosikan produk mereka secara online. 

“Bukan hanya produk yang dikeluarkan oleh golongan ini, mereka juga boleh bekerjasama dengan usahawan-usahawan tempatan untuk mempromosikan produk sedia ada dan secara tak langsung membantu meningkatkan ekonomi,” 

– Dato’ Norman Abdul Halim

Dalam pada itu, Norman berkata ketika platform e-dagangnya bukan sahaja dibuka kepada artis dibawah naugan KRU Entertainment, tetapi juga terbuka kepada artis lain. 

Tambah Norman, ini adalah sebagai transformasi yang disesuaikan dengan peredaran zaman dan idea ini tercetus apabila dia melihat sendiri penjualan tiket konsert-konsert yang kini sudah dijual secara online.

“Dalam zaman teknologi seperti hari ini, kita sebagai masyarakat perlu mengikut arus peredaran zaman dan menggunakan teknologi seperti e-dagang. Bukan saja ia dapat membantu menaikkan nama artis, tetapi juga produk-produk yang dijual.

“Dulu, kalau KRU adakan konsert, kami akan tengok kaunter jualan tiket terus dari tingkap hotel untuk tengok berapa ramai orang yang beratur membeli.

Sekarang, semuanya sudah dijual secara online dan lebih mudah. Jadi, dari situlah tercetusnya idea untuk mewujudkan iLike ini,”

– Dato’ Norman Abdul Halim

Setakat ini, sudah ada 20 selebriti yang menunjukkan minat untuk menyertai iLike.

“Platform ini bukan saja dibuka untuk artis-artis yang bernaung di bawah KRU Entertainment, tetapi untuk semua. Setakat ini, dah ada 20 artis yang menunjukkan minat antaranya, Zamani yang mengeluarkan produk syampu.

“Insya-Allah, selepas ini akan ada produk-produk yang Islamik atau yang lebih fokus kepada pengguna Islam akan kami keluarkan,”

– Dato’ Norman Abdul Halim

Ketika ini dia sudah mempunyai 20 selebriti yang menunjukkan minat untuk menyertai platform e-dagangnya yang mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Oktober ini.

*Sumber: Harian Metro 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro, Dua Gadget Yang Buat Anda Mahu Bersenam Selalu

Kos RM20 Juta, Penggambaran Filem BAKARA Terpaksa Ditunda Ke Tahun Hadapan