in ,

K-POP: Ahli GOT7 Mana Sepadan Dengan Korang?

Ketahui Ahli GOT7 yang Sepadan dengan Anda Menggunakan Spotify. Cari padanan muzikal anda di Spotify-GOT7fanmatch.com 

Melalui kerjasama antara Spotify dan GOT7, para peminat kini berpeluang untuk mengetahui ahli yang mana paling sepadan dengan mereka berdasarkan citarasa muzik masing-masing.

Spotify_GOT7

Anda hanya perlu layari Spotify-GOT7fanmatch.com dan mendaftar masuk menggunakan akaun Spotify anda untuk mendapatkan padanan ahli GOT7 anda.

Para peminat juga akan dihadiahkan dengan senarai lagu yang disusun sendiri oleh ahli GOT7 yang secocok dengan mereka; senarai lagu kegemaran mereka yang pastinya akan anda gemari! Kongsikan hasil padanan anda bersama-sama dengan ahgase-ahgase lain di seluruh dunia dengan menggunakan hashtag #SpotifyxGOT7.

Bukan itu sahaja, kumpulan tersebut juga akan mengambil alih senarai lagu Teen Party Spotify selama tujuh hari berturut-turut. Bermula hari ini, Teen Party akan memutarkan lagu-lagu kegemaran ahli GOT7 yang disusun sendiri oleh mereka, khas untuk para peminat! Apa yang pasti ialah, anda perlu melihat sendiri senarai lagu berkenaan untuk mengetahui lagu-lagu hit yang menjadi kegemaran ahli kumpulan itu.

· This Is GOT7

· Teen Party

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Yang Berlaku di Pelancaran MV Lagu Tema GOL & GINCU VOL. 2

Chemistry Pekin & Reen Rahim dalam Telemovie PERAHU KECIL