in ,

Kotak Idam Berduet Dengan Yuna & Shila Amzah

Pada 2 September lalu, kumpulan Kotak telah melancarkan album kompilasi yang menjadi album ke-5 berjudul Terbaik di Hard Rock Café, Kuala Lumpur yang memuatkan 17 buah lagu popular mereka dari empat album yang terdahulu.

Dalam album kelima Kotak ini adalah dua lagu duet dengan nama besar seperti kumpulan ‘Punk Rock’ dari Kanada iaitu Simple Plan dan Judika yang turut sedang menempa nama di Malaysia. Lagu ‘Jetlag’ dan ‘Aku Yang Tersakiti’ adalah trek bonus yang bakal menjadi perhatian selain tiga lagu baru mereka iaitu ‘Hijaukan Bumi’, ‘I Love You’ dan ‘Kecuali Kamu’.

Kotak Idam Berduet Dengan Yuna & Shila Amzah

Kotak cukup mengagumi bakat yang ada pada penyanyi muda seperti Shila Amzah dan Yuna yang sudah pun menempa nama di negara Amerika Syarikat dan China.

“Kami cukup mengagumi bakat yang ada pada penyanyi seperti Shila Amzah dan Yuna. Mereka berdua punya lagu yang bagus. Rasanya jika ada kesempatan kami mahu juga berduet dengan mereka berdua. Malah suaranya sangat unik dan rasanya tidak salah jika kumpulan Kotak bekerjasama dengan mereka berdua untuk menghasilkan lagu-lagu yang bagus untuk para pendengar.”

Dalam pada itu, kumpulan yang dianggotai oleh Tantri (vokalis), Cella (gitaris) dan Chua (bass) ini mengakui sedang berusaha keras untuk mempromosikan album ‘Terbaik’ selepas merasakan kumpulan Kotak masih belum cukup popular di Malaysia.

“Kami sememangnya harus berusaha keras untuk mempromosikan album kelima ini memandangkan nama kumpulan Kotak masih belum cukup popular disini. Contoh tempoh hari semasa kami buat persembahan rata-rata peminat masih tidak kenal dengan lagu-lagu Kotak.

“Jika kami hulurkan mikrofon kepada mereka, kebanyakan mereka tidak tahu menyanyikan lagu-lagu kami. Jadi dari situ kami harus bekerja kuat untuk mempromosikan muzik bawaan kami kepada pendengar-pendengar di Malaysia.”

Album kompilasi ini memuatkan sebanyak 17 buah lagu iaitu tiga lagu baru, Hijaukan Bumi, I Love You, dan Kecuali Kami.

Serta dua trek bonus adalah Jetlag nyanyian bersama kumpulan punk rock Kanada iaitu Simple Plan dan Aku Yang Tersakiti nyanyian bersama Judika. Album edaran Warner Music (M) Sdn Bhd ini berharga RM 27.90 dan jika ingin memuat turun caller ringtones sila layari www.musicunlimited.com.my, www.thecube.cim.my dan ct.digi.com.my untuk maklumat lanjut. Sumber: Gempak Astro

kotak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Asmara Luna

McDonald’s Perkenal McDonald’s Brekkie WrapTM