in

Kool FM Bagi Duit Raya

Bersempena sambutan Hari Raya, sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang tidak henti memberi sokongan, stesen radio Kool FM ingin memberi duit raya kepada pendengar yang bertuah.

Untuk menang duit raya, bermula pada 26 Jun hingga 9 Julai 2017, anda hanya perlu melayari laman Facebook Kool FM dan Kool FM akan berkongsi foto mengenai ‘Warna Warni Kool’ seterusnya pendengar perlu berkongsi cerita tentang apa yang anda paling suka dan sayang mengenai raya dengan menggunakan #WarnaWarniKool dan #SayangRaya. 10 kisah pendengar yang paling kreatif dan tulus akan membawa pulang duit raya berjumlah RM500.

Kool FM akan memilih 10 pemenang utama untuk menerima duit raya dan akan diumumkan pada 10 Julai 2017 di segmen PHD Kool bersama AG dan Haiza. Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan ini dengan layari laman Facebook Kool FM serta teruskan sokongan anda bersama kami di Kool FM, Temanmu Muzikmu. Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen radio Kool FM di YouTube: Kool TV / Instagram / Twitter: @koolfmmy dan Facebook: Kool FM

Sepanjang setahun yang lalu, Kool FM telah membawakan antaranya, siri jelajah Lawak Karoks Tour di lima buah negeri yang telah berjaya menarik lebih daripada 30,000 pengunjung dan pendengar, Super Karoks, Hot Kool Jam, Kool FM Belanja Saya.

Dalam jangkamasa setahun, Kool FM telah memperluaskan frekuensi ke Kuala Terengganu 93.6FM, Kota Bharu 88.6FM dan Alor Setar 107.3FM selain Lembah Klang dan Pulau Pinang pada awal siarannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Skuad Terima Kasih Berlabuh di Sri Pentas

Travelog Sneakers Merah Jambu