in , , ,

Kontak Rapat Alif Satar dalam Drama PENJARA JANJI, Zulin Aziz Kena Kuarantin

Pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz dikuarantin 14 hari selepas menjadi kontak rapat kepada gandingannya dalam drama Penjara Janji, Alif Satar yang disahkan positif COVID-19.

Pelakom Zulin Aziz kini harus menjalani kuarantin selana 14 hari berikutan salah seorang kontak rapat kepada pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar.

Terdahulu, Alif menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dia sah positif pandemik Covid-19 selepas membuat ujian saringan.

Zulin berkata dia menjadi kontak rapat dengan Alif kerana mereka sama-sama terbabit dalam satu penggambaran drama 13 episod terbitan JS Pictures berjudul PENJARA JANJI.

Zulin membuat pengumuman itu melalui entri Instagram, kira-kira dua jam lalu.

“Saya sempat menamatkan penggambaran drama itu semalam. Tetapi pelakon lain perlu meneruskan baki penggambaran. 

“Namun, dengan perkembangan terbaru ini, penggambaran ditunda buat sementara waktu.

Saya perlu dikuarantin dan melakukan ujian calitan,”

– Zulin Aziz

Selain Zulin dan Alif, drama Penjara Janji arahan Jinggo dan Sheila Rusly, dilakonkan Azira Syafinaz, Aida Aris dan Fauzi Nawawi.

Zulin membatalkan semua tawaran kerja yang sepatutnya dipenuhi sebaik penggambaran drama berkenaan tamat.

“Saya minta maaf kepada penerbit dan pihak yang terkesan atas urusan kerja yang dipersetujui awal. Ini termasuk telefilem dan tetamu program bual bicara.

“Hari ini, saya sepatutnya memulakan penggambaran telefilem Janda Ayob dan memegang watak utama. 

“Berat hati untuk membuat keputusan tetapi saya perlu memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

“Saya mohon doa semua agar kita terus dilindungi wabak ini. Semoga Alif sembuh segera.

“Doakan kami dan terus jaga prosedur operasi standard (SOP)… Jangan lupa pakai pelitup muka dan cecair sanitasi,” katanya.

– Zulin Aziz

Petang tadi, Alif mengumumkan dirinya positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan yang diterimanya, hari ini.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat

Siaran Langsung SFMM 35 Malam Ketiga Terpaksa Ditunda Demi Keselamatan