in , , ,

Siti Nurhaliza, Wann, Naqiu, Sham & One Nation Emcees Bakal Perform di KonsertKoo #withCuckoo

Buat apa 23 November ini? Kalau masih belum ada apa-apa perancangan jom sertai kemeriahan terbesar hujung tahun ini bersama ‘KonsertKoo #withCuckoo’

Meraikan ulang tahun kelima CUCKOO, KONSERTKOO #withCUCKOO bakal menampilkan selebriti popular tanah air termasuk mustika hati negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza! Lebih menarik, KONSERTKOO #withCUCKOO akan digegarkan dengan kemunculan empat bintang Gegar Vaganza 2019 iaitu Wann, Sham Visa, Naqiu Boboy dan One Nation Emcees.

Semua dijemput untuk berhibur bersama artis-artis ternama tanah air dan personaliti-personaliti radio kegemaran anda di KonsertKoo #withCuckoo pada 23 November 2019jam 8 malam, bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Siti Nurhaliza, Wann, Naqiu, Sham & One Nation Emcees Bakal Perform di KonsertKoo #withCuckoo

Masuk adalah PERCUMA untuk semua.

  • KonsertKoo #withCuckoo akan menampilkan persembahan daripada artis-artis ternama tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Khai Bahar, Zizi Kirana, Exists, Ziana Zain, Adira, dan Floor 88.
  • Hyundai Ioniq kepada seorang pemenang bertuah daripada sepuluh peserta yang disenarai pendek menerusi pertandingan Cuckoo yang telah dijalankan sebelum ini. 
  • Face Neon PaintTattoo Sticker dan Airbrush Tatto. 

Selain itu, antara barisan artis lain yang akan membuat persembahan ialah Adira, Floor 88, Hael Husaini, Khai Bahar, Ziana Zain, Zizi Kirana, Nabil Ahmad, Hetty Sarlene, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Exists.

Sebelum KonsertKoo #withCuckoo bermula, pengunjung boleh menikmati persembahan seperti LED Water Drum, LED Dance, POI dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik seperti Face Neon Paint, Tattoo Sticker dan Airbrush Tatto

Yang pasti anda akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular sepanjang zaman dan persembahan luar biasa daripada artis kesayangan anda.

Masuk adalah seratus peratus percuma dan anda boleh bawa sekali keluarga serta rakan-rakan kesayangan anda untuk memeriahkan lagi sambutan ini.

KONSERTKOO #withCUCKOO, konsert terbesar CUCKOO akan berlangsung bermula pukul 8 malam pada 23 November di Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon.

Walaupun masuk adalah percuma, CUCKOO akan memberikan beberapa tiket eksklusif kepada anda untuk berlepak dengan artis dan personaliti radio kesayangan anda di LEPAK ZONE bermula jam 7 malam!

Untuk memenangi tiket eksklusif ini, anda hanya perlu join peraduan Lepak Zone di laman Syok dengan slogan yang paling kreatif. 

Akhir sekali, anda juga berpeluang menyampaikan mesej kepada orang tersayang melalui #dedikasiKOO yang akan dibacakan secara LIVE sewaktu konsert. Anda hanya perlu mengisi maklumat dan mesej anda di laman Syok dan mesej yang paling kreatif akan dibaca waktu konsert tu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Program Didik Anak Prasekolah KAPLUK DARI KAPLUWI

Suria Kukuhkan Kedudukan Sebagai Salah Satu Stesen Radio Pilihan Ramai