in ,

Konsert YUNA LIVE IN MALAYSIA di Dewan Plenari KLCC

Penyanyi pop kontemporari anak kelahiran Malaysia, Yuna, akan kembali ke tanahair untuk suatu acara persembahan eksklusif pada 16 Oktober di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert satu malam sahaja, anjuran Kumpulan Livescape, dijangka menarik lebih 3,000 peminat.

Yuna, penyanyi pencipa lagu Malaysia yang penuh sensasi ini terkenal kerana corak unik pembawaan lagu yang menggabungkan pop kontemporari, folk akustik dan irama soul R&B. Beliau mula mencipta lagu-lagu sendiri pada usia 14 tahun dan mula membuat persembahan solo di laman MySpace beliau pada tahun 2006 sebelum menububuhkan pancaragam. Pada 2008, beliau mengeluarkan EP berjudul Yuna di Malaysia menghasilkan lagu hit, “Deeper Conversation”. Tahun berikutnya, Yuna meraih anugerah sulung daripada beberapa anugerah dalam majlis Anugerah Industri Muzik, iaitu anugerah Malaysia yang setara dengan Grammy.

Konsert Yuna Live in Malaysia di Dewan Plenari KLCC

YUNA PULANG KE TANAHAIR! Vokalis bersuara mempesonakan, Yuna, bakal mengadakan konsert pada 16 Oktober di Dewan Plenari, KLCC

“Pihak kami teruja dengan kepulangan Yuna untuk mengadakan konsert dan kami yakin para peminatnya juga turut teruja. Yuna akan menyampaikan lagu-lagu daripada album terbaharunya, jadi para peminat pastinya seronok menikmati lagu-lagu hit lama dan juga lagu-lagu terbaharu beliau. Tiket-tiket konsert adalah terhad kerana pihak penganjur ingin membawakan sebuah konsert yang intim, jadi kami menggesa peminat supaya membeli tiket awal-awal supaya tidak terkilan”, nasihat Rahul Kukreja, Pengarah Acara Kumpulan Livescape.

Vokali berbakat ini baru lagi membuat persembahan pada upacara penutup Piala Asia AFC 2015, bersatu tenaga dalam kempen ‘The Art Of Saving A Life’ membuat keluaran perdana ‘New Day’ & menerbitkan ‘Material’; iaitu kompilasi lagu Melayu terbitan terdahulu tetapi kini disusun semula dengan pendekatan yang lebih segar.

Konsert “Yuna Live in Malaysia” akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2015. Pintu masuk dibuka mulai 7.00 mlm. Tiket konsert berharga RM88 bagi Cat 2, RM118 bagi Cat 1, RM158 bagi Gold, RM228 bagi Platinum, dan RM388 bagi tiket VVIP. Pelajar layak mendapat potongan harga khas RM68 untuk menyaksikan konsert. Tiket konsert akan mula dijual pada hari Khamis, 13 Ogos melalui Ticket Pro di www.ticketpro.com.my.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapat berita terkini mengenai konsert “Yuna Live in Malaysia”, layarilah www.livescape.asia atau www.facebook.com/livescapeasia.

www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia
www.livescape.asia www.livescape.asia

Konsert Yuna Live in Malaysia di Dewan Plenari KLCC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman BudieyBuddies Jadi Sukarelawan Project Nourish Anjuran Maxis

TGV Cinemas Buka Cawangan Ke-30 di D’Pulze Shopping Centre