in ,

Konsert Percuma Dato’ Siti Nurhaliza Anjuran Yonder

Suka hadir di konsert percuma? Tambah pula konsert percuma tu ada persembahan penyanyi popular. Okay, ini ada berita baik kepada yang nak datang konsert Dato’ Siti Nurhaliza secara percuma. Ya, tak payah bayar sesen pun. Cuma kena muaturun aplikasi Yonder sahaja. Tapi sah-sahlah korang kena jadi pelanggan Celcom dulu la kan?

Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan akan mengadakan konsert percuma selama dua malam pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Plenari, KLCC. Pengumuman dibuat oleh penyanyi itu di majlis sambutan hari jadinya.

Menurut Siti, konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 11 Januari lalu, sekali gus konsert terakhirnya sebelum berehat selama tiga bulan.

“Kepada peminat yang ingin hadir ke konsert ini, caranya mudah saja. Mereka perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.

“Memandangkan kapasiti dewan boleh memuatkan sehingga 6,000 penonton pada satu satu masa, jadi siapa cepat dia dapat.”

Menerusi konsert itu nanti, Siti dijangka menyanyikan 20 lagu bersempena ulang tahun ke 20 pembabitannya dalam dunia seni tanah air.

Tambahnya, kapasiti dewan tersebut juga mampu memuatkan sehingga 6,000 penonton dalam satu masa.

Konsert anjuran Yonder Music itu, katanya, bakal menyaksikan dia mendendangkan sebanyak 20 buah lagu popularnya bersempena 20 tahun berada dalam industri seni tanah air.

Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu berkata, pada mulanya dia mahu berehat seketika dari sebarang aktiviti seni membabitkan persembahan berskala besar selepas keguguran tahun lalu.

“Bagaimanapun, apabila tawaran ini datang dari Yonder Music Sdn Bhd, saya berbincang semula dengan suami. Jadi, saya tukar perancangan untuk berehat selepas konsert itu,” katanya.

Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepatlah muatturun aplikasi Yonder. Ingat siapa cepat dia dapat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem ZOOTOPIA

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-30