in ,

Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Pada hari ini, Budiey mendapat makluman daripada Facebook milik pengurus penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza iaiti Kak Rozi Sangdewi tentang penganjuran sebuah lagu konsert yang melibatkan Siti Nurhaliza iaitu Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Apa-apa pun, pengumuman rasmi masih belum dibuat oleh Dato’ Siti Nurhaliza kerana pengumuman dan sidang media rasmi akan dibuat pada minggu depan.

Info yang sudah diketahui umum ialah Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 7 April 2015 di Istana Budaya jam 8.30 malam. Konsert ini diadakan adalah bersempena dengan ulangtahun ke 20 tahun Siti Nurhaliza dalam bidang seni.

Konsert unplugged memang sangat unik dan rasanya jarang dipersembahkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Pastinya tiket akan dijual tak lama sahaja lagi. Khabarnya, ramai yang excited untuk datang. Difahamkan konsert satu malam sahaja ini akan turut menggunakan pemuzik handalan negara. Siapakah?

Satu sesi foto telah pun dibuat bagi tujuan mempromosikan konsert ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Dato’ Siti Nurhaliza baru sahaja menjayakan persemabahan Muzika Nusantara di Istana Budaya.

Siti Nurhaliza di Anugerah Meletop Era 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem CINDERELLA Jadi Trending di Youtube Malaysia

Tiga Sebab Budiey Suka Guna Colgate Total Charcoal Deep Clean