in

Konsert Suku Akhir 4 Rentak Juara

RENTAK JUARA SUKU AKHIR 4 : AKSI KOMEDI DARI 5 BAND MENERUSI KONSERT SUKU AKHIR 4

Pada minggu ini, konsert suku akhir Rentak Juara sekali lagi menyaksikan 5 band yang bakal berentap bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Antara band yang bertanding minggu ini ialah Fatboyz Slim, Enicmatic (E6), Nakal, Browness dan Anthem.

Episod kali ini tentunya lebih menarik dengan kehadiran artis jemputan iaitu kumpulan Pop Shuvit yang popular dengan lagu Oh! Sizuka akan menghangatkan lagi Konsert Suku Akhir 4 Rentak Juara yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri hari Sabtu ini 22 Mei dan kali ini bersiaran pada jam 3.30 petang di saluran TV2.

Setia menemani para penonton malam ini bersama 3 orang pengacara iaitu Muaz, Pool dan Nurata yang akan menerajui pengacaraan sepanjang konsert suku akhir 3 petang ini.

Tema konsert minggu ini memberi kelainan daripada episod yang lepas iaitu Komedi. Oleh itu, kelima-lima band ini akan mempersembahkan lagu yang bertemakan komedi.

Giliran pertama membuat persembahan adalah daripada kumpulan Anthem yang akan mempersembahkan lagu bertajuk Anekaragam & Dengar Ini Cerita nyanyian dari Anita Sarawak dan Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Ella.

Brownees akan mempersembahkan lagu dari Allahyarham Sudirman yang bertajuk Toyol dan lagu ciptaan sendiri bertajuk Mimpi Lagi. Seterusnya kumpulan Nakal akan mempersembahkan lagu bertajuk Haiya Cik Siti dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Mentera Semerah Padi nyanyian M. Nasir.

Band seterusnya ialah Enigmatic – 6 (E6) yang akan mempersembahkan lagu bertajuk Dengar Ini Cerita (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) dan lagu Harapan ciptaan sendiri. Akhir sekali kumpulan Fatboyz Slim mendendangkan lagu bertajuk Obat (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) dan Debu Liar nyanyian Zainal Abidin.

Kumpulan Fatboyz Slim (FBS) ini berasal dari Kuching, Sarawak ditubuhkan lebih kurang 2 tahun lalu hasil daripada penyatuan rakan-rakan yang meminati bidang muzik. FBS berkonsepkan komersial band dimana band ini boleh bermain pelbagai genre muzik. Band ini terdiri daripada 6 orang ahli yang diterajui oleh Den (Vokalis), Sir (Vokalis & Gitar), Aieast (Gitar), Sepul (Kibod), Atik (Bass) dan Bob (Drum).

Bercadang untuk menerbitkan mini album, Enigmatic – Six (E-6) memilih muzik berkonsepkan World Music , Industrial, & Pop. E-6 dianggotai oleh Boy Castro (Vokalis), John Castro (Gitar), Arman (Kibodist), Zaki (Bass) dan Reeyan (Drum). Penglibatan E-6 untuk menyertai pertandingan Rentak Juara ini adalah untuk mengetengahkan lagi bakat mereka dan meneruskan perjuangan meerka selagi dapat diterima oleh pendengar dan peminat muzik yang universial.

Kumpulan ini antara yang ahli yang paling muda daripada kumpulan peserta yang lain. Pertemuan sewaktu program realiti Twisties Bingit melahirkan idea untuk kumpulan yang diberi nama Brownees ini menubuhkan sebuah band muzik. Diatas minat dan hobi yang sama,

Brownees dianggotai oleh Nad (Vokalis), Zai (Gitar), Kechik (Gitar), Falique (Bass) dan Mashi (Drum). Brownees memilih Pop Punk sebagai genre muzik dan telah mencipta beberapa buah lagu hasil daripada idea dan usaha Brownees.

Mereka ini memang nakal, tetapi serius dalam bidang muzik apatah lagi kumpulan ini telah banyak menyertai beberapa buah konsert seperti Battle Of The Band. Kumpulan yang diberi Nakal ditubuhkan pada tahun 2005 dengan kekuatan 5 orang ahli yang nakal antaranya Ewan (Gitaris), Boy (Gitaris), Fie (Kobod), Ayeed (Vokal) dan Amyn (Drum). Kenakalan mereka menerusi muzik berkonsepkan irama modern, pop dan funky.

Kumpulan ini memang unik kerana kesemua anggota kumpulan ini berkebolehan bermain alat muzik. Kumpulan Anthem dianggotai oleh Angie (Vokal), Hafiz (Gitar), Harun (Bass), Az (Kibod) dan Harry (Drum) merupakan band muzik yang versatil serta mampu mempersembahkan pelbagai genre muzik. Adakah Athem bakal menjejaki kumpulan Superfriends ke Peringkat Separuh Akhir ?

Saksikan konsert Suku Akhir 4 Rentak Juara dan ikuti bagaimana nasib mereka bersaing dalam persembahan pada petang Sabtu ini, bersiaran secara langsung pada 22 Mei 2010, jam 3.30 petang menerusi saluran TV2.

Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;

• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010).

Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional. Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.

Untuk mengundi 3 lagi kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir pada minggu ini (Suku Akhir 4), undian boleh dilakukan dengan cara menaip SMS iaitu taip RJ Kod Kumpulan dan hantar SMS ke nombor 32776 dengan cara menaip Kod Kumpulan masing-masing iaitu Brownees Kod brown, Nakal kod nakal, Fatboyz Slim kod fat, Anthem kod anthem dan Enigmatic – 6 kod e6. Undian SMS minggu ini akan ditutup pada hari Jumaat sebelum dan tepat pada waktu 4.00 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang & Marcell SAYANG Concert Esplanade Singapore

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8