in , ,

Ada Sebab KONSERT SEARCH 35 TAHUN Ditangguh

Pihak penganjur Konsert Search 35 AFJETS Sdn Bhd bersama-sama kumpulan SEARCH telah mengambil kata sepakat untuk menangguhkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 April 2016 ke satu tarikh istimewa sempena penubuhan Search yang akan diumumkan kelak.

SEARCH pic

Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka di mana lokasi konsert akan diadakan.

Tiket-tiket yang telah dibeli peminat masih boleh digunakan disamping mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur dan kumpulan Search.

Pihak penganjur dan Search memohon maaf di atas segala kesulitan dan kami berjanji akan memberikan yang terbaik sempena menyambut Ulangtahun SEARCH35 ini.

Ikuti perkembangan Konsert SEARCH35 di website www.afjets-search.com, Facebook Fenomena Search, Amysearch, Instagram Fenomena Search, AkuAmySearch dan Twitter Fenomena Search.

Diharapkan peminat Search semua bersabar ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert The Return of The King – Rain The Squall Tour in Malaysia

Hotel Review: An Arabian Tale at PALAIS FARAJ SUITES & SPA