in

Konsert Pertama Sabyan Gambus di Malaysia

Kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari negara jiran (Indonesia) akan tampil dengan konsert sulung mereka di Malaysia pada 12 Januari 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Pastinya konsert ini dinantikan oleh sekalian peminat lagu-lagu nasyid. Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015, terdiri dari enam orang ahli.

Mereka adalah Khoirunnisa Alias Nissa,19 (vokalis), Ahmad Fairuz alis Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh alias Tebe (biola), dan Anisa Rahman (backing vokal).

Konsert Pertama Sabyan Gambus di Malaysia

Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube.

Setakat ini sebanyak 161 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun dinegara asal mereka.

Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman youtube.

Justeru itu, syarikat MHH Laguna Sdn. Bhd mengambil langkah berani dengan menganjurkan “Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019”.

Acara ini akan mengambil masa selama hampir 3 jam, dimana pihak penganjur turut menjemput artis nasyid tempatan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebagai artis pembukaan.

Konsert Pertama Sabyan Gambus di Malaysia

Disamping itu, penganjur turut mengadakan acara Karnival Geng Sabyan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 11 hingga 13 Januari 2019.

Acara karnival akan berlangsung disekitar perkarangan stadium ini dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Pelbagai acara sampingan dan jualan menarik dilokasi ini nanti.

“Ini merupakan konsert pertama berskala besar yang kami anjurkan, sebelum ini kami hanya uruskan acara pentas berskala sederhana. Jadi kami mengambil serius dalam projek kali ini.

Soal pelaburan memang kami mengeluarkan sejumlah modal yang besar dan insyaAllah kami akan bekerja kuat bagi memastikan Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tambahnya lagi bagi memastikan penonton selesa dan berpuashati, mereka memilih stadium Malawati yang memang terkenal sebagai lokasi pelbagai acara bertaraf antarabangsa. Saya amat berharap konsert ini nanti mampu memberikan kepuasan kepada semua penonton.” – Muhamad Hariz Bin Harun, CEO MHH Laguna Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket awal, diskaun sebanyak RM100 bagi setiap kategori dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah Iphone XS. Tiket-tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019

INFO :

Nama Penganjur : MHH Laguna Sdn Bhd

Tarikh Konsert : 12 Januari 2019, Sabtu

Lokasi Konsert : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Artis terlibat : Kumpulan Sabyan Gambus

Artis jemputan : UNIC , Heliza Helmi dan Hazwani Helmi

Early Bird ( Pembeliaan Awal sehingga 30 November 2018 )

(Pembelian Tiket Early Bird layak menyertai Cabutan Bertuah, hadiah berupa IPHONE XS)

MH 3 : RM 99.00
MH 2 : RM 149.00
MH 1 : RM 199.00
VIP : RM 259.00
GOLD : RM 399.00
PLATINUM : RM 899.00

Regular Price (Harga Asal)

MH 3 : RM 229.00
MH 2 : RM249.00
MH 1 : RM 299.00
VIP : RM 359.00
GOLD : RM 499.00
PLATINUM : RM 999.00

Rakan Penaja : RADIX BRAND, MUBARI SOUND & LIGHT, CONCORDE HOTEL SHAH ALAM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Golden Screen Cinemas Wins Big At The Awards

Selebriti Popular Jayakan Program Khas Rai Deepavali 2018