in , , ,

Konsert Bertemakan Rock Tri-O Orkestra Filharmonik Malaysia Bersama Hattan, Hazama & Azlan Typewriter

Nikmati Gema Konsert ‘Rockestral’ Bersama Orkestra Filharmonik Malaysia di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) akan mempersembahkan konsert berkonsepkan ‘rockestral’ pada Sabtu, 16 November 2019 dan Ahad, 17 November 2019 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre.

Bakal dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menyaksikan versatiliti MPO dalam persembahan muzik pelbagai genre, dari klasikal hingga ke pop, jazz dan rock.

Peraduan Menang Tiket Konsert Rock Tri-O di Dewan Filharmonik Petronas

Sebelum ini, MPO telah mempersembahkan beberapa konsert bertema rock seperti  MPO Rocks (2013), The Music of Led Zeppelin (2014), The Music of Queen (2015) dan Ella ‘Live’ with the MPO (2017). 

Bertemakan Rock Tri-O, konsert ini akan menyaksikan MPO mempersembahkan lagu-lagu rock ikonik bersama tiga artis rock tanahair; Dato’ HattanHazama dan Azlan Typewriter

Seorang lagenda industri muzik tanahair, Dato’ Hattan telah mengeluarkan 11 buah album studio, beberapa album kompilasi dan merupakan finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 1991, 1992 dan 2014.

Turut sama membuat penampilan di pentas DFP kali ini ialah juara Akademi Fantasia 9, Hazama, yang pernah dicalonkan di beberapa anugerah muzik berprestij seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Konsert Rock Tri-O

Melengkapkan gandingan vokal ini ialah Azlan Typewriter, bekas vokalis Meet Uncle Hussain dan juara AJL tahun 2009. Bersama-sama dengan MPO, mereka akan mempersembahkan konsert yang paling bertenaga di DFP.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan ialah Fantasia Bulan MaduMemburu RinduBiso BonarLagu UntukmuGerhanaRelakan JiwaTiada Lagi KidungmuPawanaBohemian RhapsodyBack In Black dan Stairway To Heaven. Semua lagu-lagu ini akan digubah dalam bentuk simfoni oleh Luqman Aziz, Jenny Chin, Genervie Kam dan Ilham Subri. 

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari http://mpo.com.my/46-rock-tri-o/. Anda juga boleh menonton klip latihan konsert di laman facebook MPO beberapa hari sebelum konsert berlangsung.

Harga tiket berharga RM99RM139RM199 dan RM299 boleh dibeli di Box Office dan www.mpo.com.my.

Sertai program ‘Friends of DFP’ dan nikmati potongan diskaun yang menarik. Daftar sekarang di Box Office. 

Saksikan dan alami gema muzik rock bersama MPO, hanya di DFP!

Konsert Rock Tri-O

‘Rock Tri-O’

Maklumat Persembahan

Tarikh

Sabtu, 16 November 2019 dan Ahad, 17 November 2019 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Malaysia / Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

Ahmad Muriz Che Rose konduktor

Dato’ Hattan vokal

Azlan Typewriter vokal

Hazama vokal

Harga Tiket

Premium: RM299, A Reserve: RM199, B Reserve: RM139, C Reserve: RM99 

Waktu Operasi Box Office

Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPOwww.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Konsert Rock Tri-O Konsert Rock Tri-O Konsert Rock Tri-O

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASK 2019 Gamit 4.8 Juta Penonton & 700 Ribu Tontonan Digital

dimsum Meraikan Ulang Tahun Ketiga Dengan Showcase Muzik Thai Terbesar