in

Konsert Puisi Bersama Hetty Koes Endang

Sebagai penyanyi, penyair dan penulis pascamoden yang mapan, Umar Uzair baharu saja menjayakan Festival Nada Puitika pada 31 Mac lalu yang mendapat sokongan Pusat Pelancongan Malaysia yang berlangsung dengan jaya. Memacukan seninya dalam bidang penulisan dan persembahan, sekali lagi pada tahun ini melalui syarikat pengurusannya Meja Poedjangga Malaysia membawakan Projek Buku Raya – Rindu Ramadan Sayang Syawal yang memasuki cetakan kedua dan diterbitkan khusus bagi meraikan Syawal dengan karya sastera.

Rindu Ramadan Sayang Syawal merupakan karya ke enam Uzair sepanjang 10 tahun dalam bidang penulisan yang mecitrakan keindahan bulan puasa sehingga Syawal melalui bibit-bibit percintaan antara watak Kangjian dan Kartini. Keunikannya diperincikaan dalam setiap bait dialog yang segar namun kekal dalam nuansa sastera nasional. Ia juga dibawakan sebagai satu cara mempromosikan keindahan Islam kepada khayalak dan menyebarluaskan semangat nasionalime masyarakat terhadap budaya membaca.

“Lagu raya dah ada, filem raya, drama raya, iklan raya, jadi saya fikir elok untuk melahirkan buku raya pula setelah maklum balas yang positif diterima pada keluaran pertama tahun 2017 lalu. Lebih baik kerana ada penerbit yang sudah melamar untuk membawanya ke layar kaca menjadi telefilem raya. Saya harap itu akan menjadi kenyataan”. Rindu Ramadan Sayang Syawal boleh didapati secara atas talian melalui [email protected] atau terus bertemu dengan Uzair pada acara dan persembahan di sekitar negara.

Lebaran pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila diundang sebagai bintang tamu dalam sebuah konsert puisi yang akan diadakan pada 23 Jun 2018 di Hotel Pangeran Beach, Padang, Indonesia bersama diva terkenal Hetty Koes Endang, Ernie Djohan dan Dolce Gamalama. Konsert puisi yang meraikan ulangtahun ke 60 penglibatan penyair terkenal dari Sumatera Barat, Sastri Bakry itu merupakan inisiatif kerajaan Indonesia dalam memberi apresiasi kepada seniman nasionalnya yang mendapat sokongan Kementerian Dalam Negeri Indonesia, Bank Nagari, Bank BRI dan Universitas Andalas.

Bakal terbang pada 21 Jun ini bagi menjalani latihan, konsert yang diiringi oleh orkestra dan melibatkan lebih 100 tenaga kreatif ini akan menampilkan Uzair dalam lagu Bulan Sendiri karya Sastri Bakry yang lagunya digubah sendiri oleh Uzair selain telah beberapa kali dipersembahkan di Malaysia termasuk di Istana Budaya, MaTiC dan Taman Ismail Marzuki Jakarta.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Izzue Islam Lancar Lagu Single Raya TERIMALAH KASIHKU

Madame Tussauds Singapore First One To Include Kim Jong-un