in , ,

Konsert Pertama Afgan Live in Malaysia di Istana Budaya

Berita baik yang Budiey baru sahaja terima hari ini, khas buat penggemar lagu Afgan, penyanyi dari Indonesia ini akan mengadakan konsert pertama di Malaysia pada 28 Mac 2014, hari Jumaat jam 8.30 malam.

Konsert yang diberi nama AFGAN LIVE TO LOVE ini dianjurkan oleh JAG Events. Semasa Anugerah AIM ke-20 yang lalu, Budiey ada menemubual Afgan dan ada tanya pasal konsert pertama Afgan di Malaysia.

Namun, menurut Afgan, beliau mahu mengadakan showcase dulu sebelum konsert pertama ini. Nampaknya, impian Afgan untuk buat konsert sudah pun terlaksana setelah showcase Afgan bersama Rossa dan Datuk Jamal Abdillah di persembahan Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan pada 14 Februari yang lalu. Harap segalanya berjalan dengan lancar.

Tiket berharga antara RM150 hingga RM550 boleh dibeli dengan melayari www.jagtickets.com atau LIKE lah Facebook JAG: www.facebook.com/jagtickets

Konsert Pertama Afgan Live in Malaysia di Istana Budaya

Afgan Syahreza known widely as Afgan, is an Indonesian pop singer and actor. He released his debut album Confession # 1 in January 2008. In 2010, he released his second album The One. He has won a variety awards for his work, including Best Male Vocalist at the 2009 Indonesian Music Awards and Best Male Artist at the 2009 Planet Muzik Awards.

Ticket Prices start from RM150, RM250, RM350, RM450, RM550 (excluding ticket fee).

For Ticket purchasing, please call 0341498193. Tickets would be on sale starting from Monday (10/2/14) onwards. A special early bird discount of 10% would also be given for tickets purchased between 10/2/14 to 20/2/14

Konsert Pertama Afgan Live in Malaysia di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesona Cinta Dayang Nurfaizah & Marcell di Istana Budaya

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR