in ,

Ini Senarai Tugasan Konsert Minggu Ke-4 GEGAR VAGANZA 5

Berduet bukan senang. Tak kena cara memang pancit. Kalau dipasangkan dengan penyanyi GV yang dulu-dulu tu gempak pulak. Peserta manakah yang akan tersingkir? Peserta mana yang paling menyerlah?

Nah, ramai yang tak sabar nak tengok Tugasan Konsert Minggu Ke-4 GEGAR VAGANZA 5 pada hari Ahad ni kan? Susah jugak la lagu diorang dapat.

Setelah bertahan selama tiga minggu, perjuangan Elite di konsert pentas GV5 akhirnya terhenti Ahad lalu apabila diumumkan tersingkir di pusingan ‘Tiada Lagu Tiada Lagi’. Elite yang diwakili oleh Azza, Linda Rafar dan Sasha Saidin telah memilih lagu ‘Ku Bahagia’ nyanyian asal Melly Goeslaw untuk cabaran minggu ketiga bertemakan ‘Lain Macam’ yang mana setiap bintang harus mempersembahkan lagu-lagu hits yang bukan forte mereka.

Elite Terkilan

Walaupun redha dengan keputusan juri, Elite mengakui bahawa mereka berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan mereka di pentas GV5 meskipun sudah berusaha sebaik mungkin.

Amelina Terus Tunjuk Taring

Dalam pada itu, Amelina kekal cemerlang dan kembali merampas kedudukan juara mingguan walaupun mengalami masalah kesihatan. Amelina atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Long’ memukau juri sewaktu membawakan lagu ‘Segalanya Pasti’ yang pernah dipopularkan oleh Aida Agil lantas menerima markah tertinggi sebanyak 81.8%. Manakala Farawahida ketinggalan agak jauh di tempat kedua dengan markah 72.6% dan Noryn Aziz di tempat ketiga dengan 70.6%.

Senarai Lagu Cabaran Gegar Vaganza Bergegar Bergabung

Cabaran konsert pusingan keempat yang bertemakan ‘Gegar Vaganza Bergegar Bergabung’ atau ‘GVBB’ pastinya lebih sengit apabila para bintang diberi tugasan untuk menyampaikan lagu secara duet dengan pasangan penyanyi yang merupakan bekas peserta ‘GV’ musim-musim terdahulu. Amelina bakal berpasangan dengan Sam Innuendo untuk menyanyikan lagu ‘Tak Pernah Hilang’ yang dipopularkan oleh Kaer & Amylea, Zamani & Mamat (Ghazal Untuk Rabiah), Shafie Rio & Azharina (Ada Apa Dengan Cinta), Mya Ruslee & Tia Jinbara (Bujang Senang) Dia Fadila & Rahmad Mega (Tangisan Marhaenis), Forteen & Haiza Hanafi (Seluruh Cinta), Hetty Sarlene & Zarul Umbrella (Aku Cinta Aku Rindu), Farawahida & Ezad Lazim (Hati Ini Telah Dilukai), Noryn Aziz & Liza Hanim (Seksis) dan Billy Zulkarnain & Siti Nordiana (Hanya Memuji).

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Keempat) pada 21 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Peserta manakah yang akan tersingkir? Peserta mana yang paling menyerlah?

Nantikan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AXN Premieres INSIDIOUS: CHAPTER 3 for Halloween

Nabil Ahmad Menang Hos Hiburan Terbaik ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS