in

Konsert Mega Maher Zain Mercy To Mankind

Maher Zain kembali mengadakan konsert di Stadium Merdeka Pada 16 Jun 2012
diskaun 5 peratus menanti pembeli lebih awal

Selepas menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi lagu berunsur ketuhanan iaitu Maher Zain akan kembali mengadakan konsert di sini. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012 jam 8 malam.

Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti IshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.

Maher-Zain-Picture

Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Konsert yang dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment pastinya amat dinantikan oleh peminatnya di sini kerana kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live in Concert – Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan hangat dengan bilangan 7,000 penonton.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03- 92228811. Mereka yang membeli awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 5% (kecuali tiket VIP) dan ia hanya boleh didapati jika peminat membeli pada tarikh 25, 26, 27, 28 dan 29 April.

Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page.

Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes, TV Stesen Rasmi: Astro, Penginapan Rasmi: Hilton KL dan Singesen pula bertindak sebagai Sokongan Teknikal.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts – 03 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com /

http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Muzik Sedunia PLANETROX

Review Philea Resort and Spa