in

Konsert Maharaja Lawak Mega 2017 Minggu Pertama Jumaat Ini

Bocey, Joras, Zero, Shiro; antara nama yang telah menghidupkan dunia komedi di Malaysia. Kembali ke pentas yang telah menjulang nama mereka sebagai pelawak, saingan hebat menanti daripada rakan seangkatan yang semakin mendapat tempat dalam hati penonton seperti Danial Lawak Solo, Puteh, Pistol dan ramai lagi. Jumaat ini, Royal Teater Shah Alam akan kembali gamat dengan gelak tawa penonton apabila ‘Maharaja Lawak Mega’ kembali membuka tirainya dengan barisan 15 peserta yang bukan calang-calang.

Tidak terikat dengan apa-apa tema bagi minggu pertama, pastinya setiap peserta mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan kekuatan masing-masing bagi menakluk hati penonton dan juri tetap.

Kesemua barisan 15 peserta telah pun diketahui. Persoalan yang masih belum terjawab, siapakah juri tetap MLM 2017? Jika musim lalu tugasan tersebut digalas oleh selebriti popular Shaheizy Sam, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Ziana Zain, siapa pula pemilik kerusi panas juri Maharaja Lawak Mega pada musim ini? Teka-teki siapakah gerangan yang akan mengkritik dan mengadili persembahan peserta MLM 2017 akan terungkai pada Jumaat ini. Apa yang pasti, satu kejutan besar menanti para penonton!

Jangan lupa tonton “Siaran Langsung Konsert Maharaja Lawak Mega 2017 (Minggu Pertama)” pada 17 Februari 2017 (Jumaat), yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam (Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor). Jumpa di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV EMAS 2017 Bakal Berlangsung di Kota London

Aliff Aziz & Mira Filzah Bergandingan Dalam Single SANDAR PADAKU