in

Konsert Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir di Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang

Setelah bersiaran selama 13 minggu, program terulung Maharaja Lawak Mega 2016 telahpun sampai ke penghujungnya. Bermula dengan 14 kumpulan ejen lawak, kini hanya tinggal empat kumpulan sahaja yang bakal beraksi merebut gelaran Juara MLM 2016! Pada minggu akhir ini, ejen-ejen lawak diberikan dua tugasan iaitu Muzikal dan Bebas.

Budiey turut berpeluang untuk membuat liputan sewaktu Siaran Langsung Konsert Maharaja Lawak Mega 2016 (AKHIR) pada 29 April 2016 (Jumaat), jam 9.15 malam di Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor Bahru.

Siapakah antara ejen-ejen lawak Bocey, LOL, Joras, & Puteh akan bergelar juara untuk musim ini? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Blog Berentap Rebut Trofi Pilihan Online APO2016

Red THE ANGRY BIRD Goes Green On Earth Day