in

Konsert Kenangan Sudirman

Kemuncak kempen AKU SUDIRMAN, Astro akan mengadakan Konsert Kenangan Sudirman di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Jun 2012, hari Ahad jam 8 malam.

Budiey dengar, ramai penyanyi terkenal yang akan buat persembahan. Antaranya, Dato’ Siti Nurhaliza, AC Mizal, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan & The Typewriter, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof, Osbon dan pelakon-pelakon dari filem Hoore! Hoore! seperti Akim, Kilafairy dan pendatang baru Norfarah.

Konsert ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat.

Budiey dengar, pihak Astro berhajat sangat untuk  mengadakan konsert Kenangan Sudirman ini di Chow Kit di mana menjadi lokasi kepada konsert Sudirman yang telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 1986. Lebih kurang, konsert Kenangan Sudirman ini dapat mengembalikan nostalgia konsert oleh Allahyarham Sudirman yang memukau hampir 10 ribu warga kota seketika dulu.

Aku Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip Lintasan Bintang Awanband

Review Motel Best Western 555 on Bayview