in

Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour

SEARCH DI AWAN BIRU – TRIBUTE CONCERT TOUR BY CELCOM

Semalam telah berlangsung satu sidang media Konsert Tour SEARCH DI AWAN BIRU di Multipurpose Hall, Level 5, Menara Celcom Kuala Lumpur pada jam 11 pagi.

Art-Is At Work dengan tajaan Celcom akan mengadakan konsert mega tour superstar rock band otai, SEARCH dari 2 Mei hingga 1 Ogos meliputi 11 lokasi iaitu:

  1. Seberang Jaya, Penang
  2. Johor Bahru, Johor
  3. Jengka, Pahang
  4. Kuala Terengganu
  5. Alor Setar, Kedah
  6. Kota Bahru, Kelantan
  7. Kuching, Sarawak
  8. Miri, Sarawak
  9. Sandakan or Kota Kinabalu, Sabah
  10. Tawau, Sabah
  11. Kelana Jaya or Shah Alam, Selangor

search

Tour Flag-Off Ceremony akan diadakan oleh penganjur dan rombongan akan dilepaskan pada 27 April ini di lobbi Menara Celcom jam 11 pagi.

Dalam konsert tour ini, pastinya kita mengharapkan persembahan paling gempak dan bertenaga dari original band members iaitu Amy, Yazit, Hilary, Din & Nasir. Mereka kembali mengegarkan Malaysia! Dengar cerita, mereka sekarang sedang bersiap sedia bertungkus lumus buat rehearsal dari jam 4 petang hingga lewat malam, 5 hari seminggu! Mereka juga tengah memilih lagu yang sesuai. Yang pasti, setiap lokasi akan ada kelainan dan lagu yang berbeza. Lagu popular Search pasti akan berkumandang di setiap lokasi konsert.

Konsert ini didokong juga oleh Tourism Malaysia, Sony & Gloria Jeans.

Bermula hari ini (7 April 2009), promosi akan dijalankan dan peminat Search boleh mendapatkan tiket dan merchandise di kaunter tiket.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah

Bahang Anugerah Industri Muzik 16 Dalam PRELUDE AIM