in

Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Malaysia

KONSERT JELAJAH KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ‘IN LOVE WITH PEACE’ 2011 DI 4 BUAH IPTA

Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Malaysia ‘Cintakan Kedamaian 2011 di tiga (3) buah Institut Pengajian Tinggi akan diadakan di sekitar Lembah Klang

Konsert Jelajah IPTA yang akan dilaksanakan ini merupakan penganjuran satu program bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan (IPTA) mengenai seni koir serta memperkenalkan Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia kepada golongan muda masa kini.

Lagu-lagu yang akan disampaikan oleh Koir Kebangsaan adalah berunsurkan kedamaian, nasihat dan rohani bersesuaian dengan tajuk konsert kali ini, ‘Cintakan Kedamaian’ atau ‘In Love With Peace’. Konsret ini akan terbahagi pada dua (2) sesi iaitu sesi pertama, berehat dan kemudiannya bersambung kepada sesi kedua.

cinta_kedamaian

Pada sesi pertama, sebanyak lima belas (15) buah lagu akan disampaikan. Berikut adalah senarai lagu tersebut:

• Tanya Sama Itu Hud Hud
• Rappers Medley (Dead & Gone, Gangsta’s Paradise dan Where Is The Love)
• Ikhlas Tapi Jauh
• Samrah Mentari
• Better Tomorrow (Mandarin Song)
• If Love Has Wings
• Beautiful
• Standing In The Eyes
• Hitam Putih Kehidupan
• Micheal Jackson Medley (Heal The World, Man In The Mirror, They Don’t Care About Us dan Earth Song)

Konsert berhenti selama 15 minit. Dicadangkan pihak IPTA yang terlibat memberi sokongan dalam konsert ini dengan menyediakan persembahan selingan sepanjang masa ini. Pada sesi kedua, sebanyak sembilan (9) buah lagu akan disampaikan. Berikut adalah lagu tersebut:

• Doa
• Inspirational Medley (Alhamdulillah, Terlalu Istimewa dan Gemilang)
• Down By The Riverside
• Gemuruh
• Thank You For The Music
• Shackles
• We Are The World

Konsert ini dijangka akan mengadakan konsert di IPTA yang terletak dikawasan Lembah Kelang dan sekitarnya.Berikut senarai IPTA/IPTS yang terlibat bagi konsert ini:

Bil. Lokasi Tarikh
1. Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) 9 April 2011
2. Universiti Malaysia ( UM ) 7 Mei 2011
3. Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) 13 Mei 2011

Berikut adalah senarai penglibatan Koir Kebangsaan Malaysia.

• Pengarah Vokal Syafinaz Selamat
• Pengurus Tunku Marina Tunku Zubir
• Konduktor Amri Zin
• Ahli Koir 27Orang

JADUAL PELAKSANAAN KONSERT JELAJAH IPTA/S

HARI PERTAMA

10.00 pg – 12.00 tgh : ‘Bump in’ keperluan teknikal

12.00 tgh – 10.00 mlm : ‘Technical Running’

HARI KEDUA

10.00 pg – 12.00 tgh : Latihan Kumpulan Koir

12.00 tgh hri – 2.00 ptg : Makan tengahari/rehat

2.00 ptg – 4.00 ptg : Latihan/ Blocking

4.30 ptg – 5.00 ptg : Minum petang

5.00 ptg – 7.00 mlm : Latihan

7.00 mlm – 8.30 mlm : Makan malam

8.00 mlm – 10.30 mlm : Persembahan Konsert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

50th Anniversary Amnesty International Malaysia

GUAMUZIK Bantu Mangsa Bencana Alam Jepun