in ,

Konsert Istimewa M.Nasir di Singapura

M. Nasir rai empat dekad dalam industri muzik menerusi konsert istimewa di Singapura

2018 merupakan tahun bersejarah buat artis lagenda M. Nasir di mana beliau menyambut ulang tahun ke-40 dalam industri muzik.

Konsert Istimewa M.Nasir di Singapura

Sempena meraikan kejayaan ini, Mediacorp Suria dan Mediacorp VizPro International akan mempersembahkan acara istimewa ‘Konsert Suatu Masa M. Nasir – Raikan Muzik 40Tahun’ pada Jumaat, 6 Julai 2018 di MES Theatre at Mediacorp.

M.Nasir, turut menyandang beberapa gelaran lain termasuk legenda. Beliau mula bertapak dalam industri muzik Singapura dan Malaysia sejak 1978 lagi, membina nama sepanjang 40 tahun sebagai penyanyi, penggubah lagu, komposer, penerbit, penyair, pelakon dan juga pengarah filem.

Dengan pelbagai anugerah yang telah dinobatkan kepadanya, M. Nasir tetap bertahan dalam industri muzik dengan sokongan padu peminatnya.

Beliau berharap agar peminat dapat menyambut kejayaan beliau bersama-sama, dengan tahun demi tahun, ia amat penting untuk kita menerima dan memahami akar muzik.

Dengan konsert yang bakal menggegarkan pentas Singapura nanti, artis lagenda ini pelbagai lagu hits merentasi zaman, dan juga selami sejarah muzik masa lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Suatu Masa M. Nasir Raikan Muzik 40 Tahun

Video Kupasan PRU 14 Trending di Youtube Malaysia