in

KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB

Inul Daratista, penghibur dangdut ternama dari Indonesia akan menghiburkan peminatnya di Johor Bahru pada 19 Julai 2008 dalam konsert Inul Live in JB di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru.

Pada jm 3.30 petang (27 Jun 2008) telah berlangsung satu sidang media untuk Konsert Inul Daratista di Restoran Senja, Heritage Row, Kuala Lumpur. Sidang media ini juga turut mengumumkan satu lagi konsert diadakan pada sehari selepas konsert Inul diadakan iaitu konsert Made In Malaysia 2008.

Konsert ini adalah konsert pertama Inul di Johor setelah beberapa kali buat persembahan di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Inul Daratista yang berasal dari Pasuruan, Jawa Timur merupakan artis Indonesia yang mempunyai ramai peminat di Malaysia, samada penduduk tempatan atau pun tenaga kerja Indonesia yang ada di Malaysia.

Konsert Inul ini dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd yang juga merupakan penganjur Konsert Inul yang pertama di Malaysia pada tahun 2005 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert INUL Live in JB ini akan dipersembahkan oleh Strategic Wealth Management selaku penaja utama konsert ini.

Bermula jam 8.45 malam dan berakhir sebelum tengah malam, Konsert ini akan dihangatkan dengan persembahan opening act Faiza, vokalis utama kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan yang turut menjadi hos konsert. Diikuti dengan persembahan kumpulan Candy yang popular dengan lagu mereka “Akan Ku Tunggu” yang beraksi selema 45 minit.

Selama 2 jam, Inul Daratista akan mengajak peminat bergelek sakan diiringi oleh Audensi Band yang juga diiringi oleh Audensi Band yang diterbangkan khas dari Indonesia. Audensi terdiri daripada 14 orang pemuzik dan 2 orang penyanyi latar.

Untuk menyaksikan konsert ini, peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 (padang) dan RM100 (tempat duduk grandstand) dijual di sekitar Pusat Membeli Belah di Johor Bahru termasuklah Plaza Kotaraya, Terminal Larkin, Plaza Pasir Gudang dan Plaza Angsana serta kedai-kedai kaset.

Kalau anda mahu menonton secara PERCUMA dan menang pula pelbagai hadiah eksklusif, korang boleh hantar mesej ON INUL dan hantarkan ke 33887.

[tags]inul daratista, gambar seksi, konsert inul, johor bahru, akan kutunggu, aim 15, anugerah industri muzik, astro, bang bil, channel 15, dewan bestari, ghau ghau, johan, lu pikirlah sendiri, mat rempit, musim kedua, result euro 2008, austria, broadcast, telecast football, musim pertama, nabil, raja lawak, sensasi, shamsul, spontan, stand up comedy, sukan, upnm, inul live, jb, strategic wealth, candy, gossip[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Daphne Iking

Gambar Anak Melissa Saila