in , ,

Ada Khai Bahar, Hijjaz, Exists & Lah Ahmad, Konsert Inteam 20 Tahun Tampilkan Legenda Nasyid & Rock

Konsert sempena ulangtahun ke 20 kumpulan Inteam yang akan diadakan pada 12 Disember 2020 ini bakal menampilkan legenda nasyid dan rock tahun 90-an iaitu Hijjaz dan Exists.

Ditanya mengenai artis-artis yang terlibat, Muhammad Hazamin selaku Pengarah Konsert ini menjelaskan “InshaAllah, selain Inteam sendiri sebagai artis utama, kami turut akan mengundang legenda Nasyid 90-an yang juga guru-guru kami iaitu kumpulan Hijjaz dan juga kumpulan Rock yang popular pada zaman yang sama iaitu kumpulan Exists. Selain itu, generasi baru juga turut kami libatkan dengan menampilkan Khai Bahar, Ikhwan Fatanna dan artis baru di bawah naungan Inteam sendiri iaitu Zayne. Turut kami undang ialah kumpulan UNIC dan Lah Ahmad.

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

Konsert ini akan dihoskan oleh Suffian Amrin (Saujana) dan Dr Fitri Haris bekas anggota kumpulan UNIC”

Menurut Hazamin lagi, Konsert Ulangtahun ke-20 Inteam dengan tema Terima Kasih itu mendapat sokongan dana melalui Geran DKD (Dana Kandungan Digital) yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

“Konsert yang kami anjurkan ini, secara majoritinya akan ditonton melalui atas talian dan kami hanya menyediakan tiket untuk hadir ke lokasi konsert dalam jumlah yang sedikit sekiranya PKPB di Selangor ditamatkan pada 6 Disember ini. Manakala, sekiranya PKPB disambung lagi, konsert ini akan menjadi konsert atas talian sepenuhnya” Ujar Syahril yang merupakan ketua kumpulan Inteam.

Konsert yang berdurasi selama 2 jam setengah ini akan menampilkan persembahan lebih 20 buah lagu hits Inteam sejak tahun 2000 sehingga kini, seperti Kasih Kekasih, Impian Kasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah, Dia dan banyak lagi. Selain itu, Inteam turut akan berduet dengan artis-artis undangan yang disebutkan tadi.

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

“Kami sangat teruja kerana selain akan berduet dengan senior kami iaitu Hijjaz, kami turut akan bergandingan dengan Exists menyanyikan lagu popular mereka yang masih kami rahsiakan. Selain itu kami akan berduet dengan Khai Bahar melalui lagu Setanggi Syurga yang pernah kami rakamkan bersama. UNIC dan Lah Ahmad turut akan berduet dengan kami, manakala Ikhwan Fatanna akan berkolaborasi dengan kami dalam satu lagu baru yang menjadi tema konsert berjudul Terima Kasih” jelas Rahim.

Ketika menjelaskan mengenai cara mendapatkan tiket, Syah berkata “Tiket konsert ini boleh dibeli melalui laman web www.inteam.my yang mana tiket yang disediakan berharga serendah RM10, RM25, RM50, RM100 bagi tiket atas talian dan RM200 bagi tiket untuk hadir di lokasi konsert di Warisan Hall Studio di Sijangkang dengan jumlah terhad. Pakej-pakej tiket dilengkapi dengan barangan cenderahati berbeza seperti pelitup muka Inteam, Baju T edisi Khas, lanyard, Minyak wangi Inteam dan CD kompilasi keluaran khas sempena 20 tahun Inteam yang memuatkan semua lagu Inteam dari album pertama sehingga terkini yang berjumlah 129 trek dalam format Mp3”

“Alhamdulillah sehingga kini sejak dilancarkan sudah hampir 500 tiket terjual dan kami menyasarkan untuk menjual sehingga 3000 tiket keseluruhannya atau lebih lagi. Bahkan yang memeranjatkan kami tiket-tiket yang berharga lebih tinggi lebih banyak terjual mungkin kerana barangan cenderahati yang ditawarkan lebih menarik” Ujar Hazamin.

“Bagi menarik penonton dari negara jiran juga, kami akan mengadakan jerayawara (roadshow) secara maya melalui aplikasi Zoom bersama penasyid dan peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand pada 27, 28 dan 29 November ini”

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20
Khai Bahar

Ditanya mengenai situasi mengadakan konsert dalam keadaan wabak Covid-19 sedang tersebar, Rahim menambah “Inilah yang digelar konsert norma baharu. Selain ia diadakan secara atas talian, pelaksanaan di lokasi juga akan dipastikan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak kerajaan seperti penjarakkan fizikal, pendaftaran masuk melalui aplikasi MySejahtera, Sanitasi tempat dan peralatan dan pemeriksaan suhu”

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20
Lah Ahmad

“Konsert Ulangtahun ke-20 Inteam dengan tema Terima Kasih ini bertujuan menzahirkan apresiasi dan penghargaan kepada seluruh pihak yang telah terlibat dalam membina kejayaan dan sejarah kumpulan Inteam selama 20 tahun. Kerana tanpa anda semua siapalah kami” ujar Hisyam menutup perbualan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uniknya Nama Adik Beradik Satar Alif Satar, Pandai Mak Ayah Diorang Bagi Nama

Hard Rock International Appoints Murray L. Aitken 
General Manager of Hard Rock Hotel Desaru Coast