in

Konsert Inspirasi Afgan Meninggalkan Memori Indah Buat Peminat Malaysia

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 telah berjaya memukau hampir 2,000 peminat setia Afgan. Konsert yang turut menampilkan Dato’ Sheila Majid ini telah diadakan di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Arjuna. Membawakan lagu- lagu hits seperti Kenangan Terindah, Mungkin Nanti, Kekasih Gelapku, Januari, Peri Cintaku dan Hapus Aku, sudah cukup untuk membuat peminat teruja dan turut sama menyanyi. Jeritan peminat dan tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja Afgan muncul. Dimulakan dengan lagu Jalan Terus, Afgan mendendangkan 16 buah lagu di konsert ini termasuk duet bersama Dato’ Sheila Majid menerusi lagu “Bawalah Cinta” dan “Begitulah Cinta”. Kolaborasi kedua-dua penyanyi terkemuka ini berjaya mencipta magis tersendiri dan penonton seakan dibuai perasaan tatkala mendengar nyanyian tersebut.

Konsert Inspirasi Afgan

Ternyata penyanyi kelahiran Jakarta ini memberikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini. Membawakan tema Inspirasi pada konsert kali ini, Afgan berharap peminat dapat rasa suntikan semangat untuk terus berusaha dan mengejar impian.

Bersesuaian juga dengan tema, impian Afgan untuk membuat persembahan bersama idola beliau di konsert di Kuala Lumpur kini tercapai. “Dato’ Sheila Majid bersama mengadakan persembahan di konsert ini cukup istimewa dan merupakan satu penghormatan buat saya”. Ini juga merupakan konsert terakhir Afgan sebelum berehat seketika dari membuat konsert kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap penghasilan karya baharu yang lebih segar selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia tahun ini.

Manakala bagi Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd, Encik Erik Ong, beliau berpuas hati dengan sambutan peminat terhadap konsert ini. “Sambutan yang diterima cukup luar biasa, ini dapat dilihat menerusi penjualan tiket konsert yang habis dijual”.

Konsert Inspirasi Afgan

Ini memberikan suntikan semangat buat Popcorn Studio Sdn Bhd untuk terus membawa dan menganjurkan persembahan yang lebih baik dan bertaraf antarabangsa.

Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Konsert Inspirasi Afgan

Di lokasi konsert, peminat yang hadir turut disediakan pilihan makanan dan minuman sementara menantikan konsert bermula. Paling istimewa menu Inspirasi Durian Cendol daripada Durian King TTDI. Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox.

Konsert Inspirasi Afgan

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 ternyata memberi satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid ternyata impian yang amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019. Nantikan acara seterusnya dari Popcorn Studio Sdn Bhd.

Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan
Konsert Inspirasi Afgan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SADAKO 贞子

Han-Byul Juara Big Stage 2019