in , ,

Konsert HAEL HUSAINI LIVE IN KL di Zepp KL Pada 4 Disember Ini

Buat julung kalinya penyanyi serba boleh tanah air Hael Husaini akan mengadakan sebuah konsert berjudul ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’. Konsert yang direncanakan akan berlangsung pada 4 Disember 2022, jam 8:00 malam, bertempat di dewan konsert serba baharu dan moden, Zepp Kuala Lumpur, dan dibawakan oleh label hiburan paling top, Rocketfuel Entertainment.

Menurut Hael lagi, konsert ini adalah kesinambungan daripada kejayaan showcase khas ‘AN EVENING WITH HAEL HUSAINI’ yang telah berlangsung pada 30 Jun 2022 yang lalu bertempat di Nero Event Space Bandar Utama. 

“HHLIKL merupakan konsert solo pertama saya selama hampir 15 tahun menjadi anak seni. Saya percaya ini adalah impian buat kesemua penyanyi.” 

– Hael Husaini
KONSERT HAEL HUSAINI LIVE IN KL

Selain dari ingin melakukan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti, konsert ini juga merupakan lambang penghargaan kepada semua peminat dan penyokong-penyokong saya yang masih setia dari awal kemunculan sehinggalah sekarang.

Saya yakin mereka akan dapat merasakan pengalaman perjalanan karier muzik saya sepanjang malam konsert itu nanti. Saya akan terjemahkan kesemuanya melalui lagu dan persembahan. 

Saya bersyukur mendapat sokongan yang hebat daripada pihak pengurusan dan label muzik saya Rocketfuel Entertainment, rakan media dan sahabat-sahabat industri hiburan yang lain. Walaupun ada sedikit cabaran dari segi persaingan dengan konsert-konsert artis bernama besar dan antarabangsa yang dianjurkan dalam lingkungan masa yang sama, saya tetap yakin dan optimis untuk menjadikan konsert ini satu kenyataan. 

Berkenaan dengan persiapan memandangkan tempoh masa hanya lebih kurang satu bulan sahaja lagi, boleh saya katakan 50% persiapan dari segi persembahan dan teknikal telah dijalankan.

Persembahan muzik pada malam itu nanti akan diketuai oleh pengarah muzik terkenal iaitu Sze Wan manakala Jennifer Thompson pula bertindak sebagai pengarah konsert.

Konsert ini dijangka berlangsung selama dua jam dengan rangkaian 23 buah lagu. Walaubagaimanapun, pemilihan lagu masih lagi dalam fasa terakhir perbincangan. 

“Bilangan lagu yang akan akan saya sampaikan masih lagi dalam perbincangan kerana terlalu banyak lagu yang ingin kami sampaikan pada malam konsert nanti, jadi harus betul-betul memilihnya” 

– Hael Husaini
KONSERT HAEL HUSAINI LIVE IN KL

Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment berkata: “Hael adalah seorang penyanyi yang sangat versatile. Dia sangat berbakat besar. Lahir daripada rancangan realiti, Hael pernah melalui hampir segala cabaran di dalam dunia seni ini. Sehingga beliau menjadi bukan hanya sebagai penyanyi, malah beliau sudah menjadi komposer dan penulis lirik yang sangat hebat. Hampir semua karya beliau pernah diangkat menjadi juara di dalam acara berprestij tanah air” 

“Saya jangkakan kesemua yang bakal hadir akan terhibur dengan persembahan bertenaga dari beliau. Ini juga salah satu langkah yang diambil Rocketfuel dalam membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara secara tidak langsung” 

Akhiri Hael: Selain dari itu, segala elemen lain yang akan berlaku sepanjang persembahan pada malam itu nanti kebanyakkan adalah berunsurkan kejutan. Jadi saya simpan dahulu dan tidak dapat mendedahkan banyak perkara kerana mahu anda dapatkan tiket dan saksikan sendiri pada malam konsert itu nanti. 

“Harapan saya hanyalah untuk memberikan persembahan terbaik saya pada malam konsert tersebut. Persembahan yang tak akan dapat dilupakan oleh pengunjung yang hadir nanti. Itulah impian saya yang sebenar’ 

KONSERT HAEL HUSAINI LIVE IN KL

Terdapat 5 kategori tiket bermula daripada RM139.00 (LARA ZONE), RM179.00 (HARAM ZONE), RM349.00 (STANDARD SEAT) dan RM389.00 (VIP SEAT). Pass MEET & GREET dijual pada harga RM409.00. 

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan (10 PAX) dan inginkan privasi, kami menyediakan SUITE VIP pada harga RM6999.00 (JAMPI SUITE), RM4999.00 (HAJAT SUITE), RM4999.00 (HATI SUITE) dan RM3999.00 (BUJANG SUITE).

Setiap suite ini didatangkan dengan 10 Meet & Greet Pass, Poster ekslusif konsert HHLIKL, Lanyard Rasmi, makanan & minuman ringan serta laluan khas masuk dan keluar dewan konsert. 

Manakala untuk mereka yang ingin mendapatkan cenderahati ekslusif konsert malam tersebut, ianya akan dijual pada harga pakej RM150.00. 

Tiket -tiket akan mula dijual pada jumaat ini, 21 OKTOBER 2022 jam 8.00 malam di platform HAELHUSAINI.UBERTICKETS.MY. Bagi mereka yang ingin membeli VIP SUITE, anda boleh menghubungi pihak uber tickets di talian 019 588 1810. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DADDYKU GANGSTER Angkat Kisah Gangster Menjaga Dua Kanak-Kanak

Drama Sorry Naik Lori, Nilai Yang Perlu Dibayar Disebalik Populariti