in ,

Konsert ERA Rock Sarawak Persembahkan 6 Artis Rock Popular Tanahair

Seperti tahun-tahun lalu, stesen ERA fm Sarawak sentiasa memberikan hiburan yang terbaik buat pendengar mereka dengan menganjurkan beberapa acara hiburan seperti yang akan melibatkan artis-artis popular dalam dan luar negara. Tahun ini, ERA fm Sarawak bakal membawakan pentas hiburan yang pasti menggegarkan Bumi Kenyalang dengan menganjurkan Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) yang diserlahkan oleh Emeron.

Konsert ERA Rock Sarawak

Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) Persembahkan 6 Artis Rock Popular Tanahair!

[dropcap]K[/dropcap]onsert ERA Rock Sarawak (KERS) yang dianjurkan pada 24 September 2016 (Sabtu), bermula 8 malam hingga 11.30 malam bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak bakal menampilkan barisan artis rock popular tanahair seperti Hyper Act, Akim & The Majestret, Projector Band, Kristal, Mus May dan Sonar Instinct bagi menggegarkan lagi pentas pada malam itu nanti.

Gabungan artis-artis rock ini turut melakar sebuah sejarah baru ERA fm Sarawak sendiri kerana buat julung kalinya menganjurkan konsert berkonsepkan rock.



Hyper Act, Akim & The Majestret, Projector Band, Kristal, Mus May dan Sonar Instinct Bakal Gegar Padang Merdeka, Kuching Sarawak 24 September Nanti

[pullquote align=”right”]Kemasukan PERCUMA ke Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) pada 24 September 2016 (Sabtu), bermula 8 malam hingga 11.30 malam bertempat di Padang Merdeka, Kuching.[/pullquote]

Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm bagi merakamkan penghargaan kepada mereka di atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun terhadap stesen ERA fm Sarawak. Para pendengar ERA fm dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah secara percuma.

Sebelum persembahan, pastinya penyampai radio dan Skuad ERA juga akan menjemput pendengar ke pentas untuk bermain permainan dan memenangi barangan eksklusif ERA fm dan hadiah ekslusif sebuah gitar yang ditandatangan oleh artis-artis sumbangan Lepo Music.

Pendengar juga boleh memenangi pas masuk Rockzone yang diberikan oleh Skuad ERA Perodua. Anda hanya perlu dengar panggilan lintasan Skuad ERA dan jumpa mereka dilokasi yang terpilih.

Penyampai radio ERA fm Sarawak seperti Osha, Syazz, Afick, Firr dan Chopie turut memeriahkan lagi suasana malam konsert itu nanti.

Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut bagi memenangi konsert ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Create Your Own Cinematic Experience with Samsung Smart TVs

AirAsia Syarikat Penerbangan Pertama Di Asia Tenggara Terima Pesawat Airbus A320neo