in ,

Konsert Dato Siti Nurhaliza di Lebaran Syawal

Menghidupkan tagline Raya Kita sempena Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan nama-nama besar lama dan baru dalam industri muzik menghiasi program-program hiburan terbaik yang dijanjikan tayangannya sepanjang perayaan ini menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi.

Saksikan kemunculan artis dengan nama besar antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid dan Ramli Sarip dalam konsert mereka sendiri sebagai menghargai perjalanan karier mereka dalam industri seni. Malah mereka turut menghiburkan penonton dengan lagu raya malar segar masing-masing. Begitu juga kemunculan artis-artis baru yang turut sama memeriahkan program hiburan, komedi muzikal, candawara dan konsert bertemakan Hari Raya ini.

Hiburan bermula sehari sebelum menjelangnya raya dengan program Akustika Syawal pada 7 Ogos; 9.30 malam di TV2 mengajak penonton berhibur dengan artis popular Jamal Abdillah, 6ixth Sense, Nubhan, Liza Aziz, Azlina Aziz, Kumpulan Hijjaz, Tasha Manshahar dan Fauziah Gambus selain menampilkan gandingan pengacara Awal Ashari dan Prof Izzi.

Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza

[pullquote align=”right”]Konsert Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid dan Ramli Sarip Antara Program Hiburan Terbaik Sepanjang Syawal di RTM[/pullquote]

Anda kemudiannya diajak berhibur dengan Konsert Sanggar Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza disiarkan pada 8 Ogos, pukul 9.00 malam di TV2 berlangsung selama satu jam setengah di mana Sanggar Lebaran membawa erti tempat yang terpesona. Artis undangan yang hadir ialah Nabil, Saida dan Saerah. Dato’ Siti mendendangkan 15 lagu antaranya lagu popularnya, seleksi lagu raya dan lain-lain. Nabil juga turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Yunk dan Cari Jodoh. Ia sekaligus dapat mengubati kerinduan peminat yang merindui persembahannya di RTM.

Bergelak ketawa dengan muzikal komedi tiga episod, Cinta, Cinta, Cinta pada 8, 9 dan 10 Ogos, pukul 9.00 malam di TVi, kisah cinta muzikal komedi bermula dari zaman kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Menampilkan barisan artis seperti Jihan, Along Cham, Azrul, Dina, Fourteen, Nadia, Dottie, Arja Lee dan Ayu Oiam.

Begitu juga program Candawara Yang Luar Biasa pada 9 Ogos, pukul 5.00 petang di TV2 menampilkan pengacara Scha Al Yahya bergandingan dengan Ebby Yus dengan dibantu oleh Jihan, Bell Ngasri dan Yana Samsudin sebagai Tukang Tunjuk untuk semua permainan yang dimainkan sambil di beri markah oleh watak juri yang diberikan kepada artis popular Rozita Che Wan, Jep Sepah dan Ifa Raziah. Suasana digamatkan dengan penyertaan penonton yang hadir ke Auditorium Perdana, Angkasapuri. Antara yang paling luar biasa adalah penampilan artis dengan kostum yang amat luar biasa berbanding program lain. Semua artis ditampilkan dengan kostum watak –watak utama kartun animasi seperti Shrek, Sailormoon, Barbie Doll, Black Witch dan lain-lain lagi.

Seiring Jalan Aidilfitri pada 9 Ogos, pukul 2.00 petang di TV1 pula menampilkan Wan Sharmila dan Fizz Fairuz sebagai pengacara dan mengetengahkan pasangan selebriti sebagai tetamu undangan. Antara artis yang hadir ialah pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Safura dan suaminya Shahrolnizam serta Nubhan dan Faizal Marlias bagi menghiburkan penonton.

Khas buat peminat setia penyanyi tersohor Dato’ Yusni Hamid, berhibur dengan Konsert Emas Eksklusif Orkestra RTM – Dato’ Yusni Hamid pada 9 Ogos, pukul 9.00 malam yang merupakan penghargaan kepada Dato’ Yusni sepanjang beliau bergelar penyanyi yang disiarkan menerusi saluran TV2. Antara lagu lain yang akan disampaikan adalah Sang Rajuna Hati, Joget Serampang Laut, Bintang Malam, Pandang-Pandang Jeling-Jeling, Hati Ke Hati serta lagu Inggeris termasuk Killing Me Softly, Someone Like You dan You Don’t Have To Say You Love Me. Yusni dijangka mendendangkan lebih 20 lagu dan berduet dengan penyanyi lelaki berbakat seperti Bob AF, Hafiz AF dan Black Mentor. Orkestra RTM akan dipimpin oleh Jimmy Ali dan turut menampilkan petikan piano oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Menghimpunkan lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam pertandingan Rentak Juara terbitan RTM, Dentum Raya bersiaran pada 10 Ogos, pukul 2.00 petang di TV1. Mereka ialah NRG – Naib Juara ‘Rentak Juara’ Tahun 2004, Fenomena – Johan ‘Rentak Juara’ Tahun 2006, Aisunam – Johan ‘Rentak Juara’ Tahun 2008, E6 – Johan ‘Rentak Juara’ Tahun 2010 dan Alternature – Finalis ‘Rentak Juara’ 2010. Turut bersama mengiringi persembahan mereka ialah Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (Youtube) dan Tom (Juara My Star LG).

Konsert Nyanyian Serambi Ramli Sarip pada 11 Ogos; 9.00 malam di TV2 pula berkonsepkan serambi di mana penonton dihiburkan dengan barisan lagu-lagu lama yang sudah bertakhta di hati peminat dari era Ramli Sarip bersama Kumpulan Sweet Charity hinggalah sekarang. Antara lagu yang dinyanyikan Ramli ialah Kamelia, Jangan Tunggu Lama Lama, Jikalau Berkasih, Blues Felda Blues, Bukan Kerna Nama, Ku Di Halaman Rindu, Suara Takbir, Ramadan & Syawal, Seri Hari Raya, Nyanyian Serambi dan Teratai. Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah turut diundang bersama-sama membuat persembahan dalam konsert ini.

Sesuatu yang menarik pastinya program Raya Sama-Sama pada 10 Ogos, pukul 9.00 malam di TV1 pula membawa konsep ‘rumah terbuka’ di mana artis baru dan lama digandingkan. Program ini juga simbolik kepada pertemuan semula terutamanya bagi artis-artis veteran selain mengumpulkan artis-artis baru di mana kira-kira 150 artis, juruhebah dan wartawan terbabit sama menyanyi dan sebagai tetamu di meja santapan. Sebanyak 26 lagu raya didendangkan oleh 30 artis lama dan baru. Antaranya Uji Rashid, Hail Amir, Aman Shah, Datuk M Daud Kilau, Rosmaria, Rose Iskandar, Junainah M Amin, Maria Bachok, Fourteen, Razis Ismail, Dhalan Zainuddin, Nash, Mus May, Kaka dan ramai lagi. Empat orang pengacara, Mas Idayu, Arja Lee, Ifra Raziah dan Azrul Raja Lawak menghidupkan suasana raya dengan celoteh mereka.

program Akustika Syawal

pertandingan kopek kelapa dalam program Dentum Raya di TV1

Konsert Emas Eksklusif Orkestra RTM - Datuk Yusni Hamid ... menggandingkan Yusni dengan Hafiz

Awal Ashaari dan Prof Izzi Hj Ali dalam program Akustika Syawal

Azlina dan Azliza Aziz turut jayakan Akustika Syawal

Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza bersama artis undangan Nabil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suara Ajieb Dalam Iklan Kyochon

Drama Autumn Di Hatiku Capai Lebih 500,00 Tontonan