in , ,

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival Yang Gempak

Sememangnya Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival Sangat Gempak. Jom Baca Ulasan & Corat Coret dari Budiey kat sana!

Pada Sabtu tanggal 14 Mac lalu, jam 8 malam yang indah lagi hangat, Budiey ditemani geng BudieyBuddies iaitu Cyrill Hassan dan Yus Yunus telah dijemput untuk menyaksikan Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival yang diadakan di Carpark B, Stadium Bukit Jalil. Ternyata, dengan jemputan ini, kami sungguh enjoy pada malam tu sebab dapat melupakan seketika urusan kerja kami yang semakin menimbun.

By @budieybuddies "BudieyBuddies dah pun sampai di ENTRANCE Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival yang diadakan di Carpark B, Stadium Putra Bukit Jalil. Nampaknya dah ramai peminat dah berada kat sini untuk menonton persembahan daripada ramai artis y

Terima kasih Samsung Malaysia sudi menjemput kami. Lama dah tak merasai kehangatan konsert menghimpun pelbagai genre muzik macam ni. Khabarnya, Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival adalah untuk merapatkan lagi hubungan remaja dan penggemar muzik bersama menggunakan telefon bimbit tercanggih ini.

Dinner kami makan Rice Black Spider sama Durian Crepe di WonderMama Bangsar Village dulu sebelum ke Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival anjuran Samsung malam ni. Diadakan di Carpark B, Stadium Putra Bukit. Malam ni nak menonton persembahan daripada

Sebelum ke konsert ini, Budiey dan Cyrill Hassan makan-makan dulu sambil godek-godek gajet telefon bimbit yang Budiey baru beli sehari sebelum ke konsert ini. Seronok dapat gajet terbaru dari Samsung GALAXY A ni. Bukan apa, dia punya teknologi sangat gempak dan cukup ke depan.

Budiey Samsung

Budiey masih ingat semasa hadir di Pelancaran Samsung GALAXY A, Budiey ada hangout dan lepak-lepak dengan penyanyi lagu Cinta Muka Buku Najwa Latiff, selebriti kacak Izzue Islam dan si manis Liyana Fizi kat sana. Borak-borak pasal muzik dan kata ketiga-tiga mereka tak sabar untuk perform di hadapan peminat pada festival muzik ini. Tup tup… dah sebulan lebih selepas pelancaran, sudah sampai masa untuk mereka perform.

Budiey dapat tahu, Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival ini turut mendapat sokongan daripada radio rasmi iaitu Fly FM, One FM dan juga Hot FM. Patutlah, sebelum konsert Budiey terserempak dengan Deen, penyampai Hot FM kat sana. Kemain lagi diorang ni excited.

Samsung

Jarum menunjukkan jam 8 malam, Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival dibuka oleh persembahan ohsem daripada penghibur Beatbox terbaik di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Shawn Lee.

Bukan setakat memukau hadirin dengan persembahan bunyian yang super-gempak sahaja, malah Shawn Lee bergabung dan berkolaborasi kali pertama bersama penyanyi Youtuber sensasi yang kecil molek, Najwa Latiff.

Samsung

Kira ini satu persembahan yang eksklusif sebab tak pernah lagi Budiey tonton persembahan kolaborasi. Ya, ini kali pertama Najwa dan Shawn Lee bergabung. Menurut Najwa, dia pun tak buat persiapan yang sangat lama, berlatih bersama Shawn Lee pun last minit 2 jam sebelum konsert berlangsung. Tapi hasilnya memang perfect!

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Sebenarnya, persembahan yang Budiey nantikan ialah persembahan dari Forteen dan Faizal Tahir. Tunggu punya tunggu, Budiey rasa penantian Budiey berbaloi sebab dapat menonton persembahan vokal grup Il Divo Malaysia ini di depan mata. Paduan vokal yang mantap dan imej mereka yang sempoi telah memukai Forteenagers yang hadir.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Mempersembahkan dua buah lagu iaitu lagu LINANGAN TERAKHIR dan TIDAK PERNAH BERJUMPA LAGI. Dua-dua lagi disampaikan dengan penuh penghayatan dan vokal tetap dinamik dari Forteen memukau sekalian yang ada. Lagu LINANGAN TERAKHIR sebenarnya sebuah lagu yang agak sedih jugaklah mesejnya tapi Budiey suka rentaknya yang agak rancak tu. Bukannya lagu yang klise sebab lagu LINANGAN TERAKHIR ni membuatkan kita nak sedih pun tak jadi sebab lagunya buat kita semua bangun untuk berdansa.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Kemudian, giliran layan muzik rock pula dengan persembahan An Honest Mistake yang super duper gempak. Cukup sweet apabila penyanyi terkenal Youtuber Liyana Fizi turut mengalunkan lagu-lagunya yang smooth dan cool. Sikit sebanyak dapat menyejukkan sikit malam yang hangat. Maklumlah, Liyana Fizi memang terkenal dengan jazzy soulnya yang sweet-sweet gitu.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival
Penyanyi Juztin juga tak kurang hebatnya.

Boleh dikatakan Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival ini mengumpulkan penyanyi lama dan penyanyi baru. Itu eloklah kan sebab industri muzik kat Malaysia ni kecil je. Pi mai Pi mai, kita akan jumpa orang yang sama, jadi eloklah kita support antara satu sama lain. Setidaknya, konsert ini memberi peluang kepada penyanyi baru memperkenalkan bakat mereka.

Bagi Budiey pula, inilah masanya untuk mengenali muzik mereka dengan mendalam dan lebih dekat lagi. Penganjuran festival yang sangat bersih dan rileks macam ni wajar dianjurkan dan Samsung telah memberi peluang kepada pengguna Samsung untuk hangout layan muzik sama-sama.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Antara pemuzik dan artis yang baru Budiey kenali pada malam itu ialah Paperplan Pursuit. Boleh tahan gak muzik diorang ni. Boleh diketangahkan kepada industri muzik yang mainstream.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Kalau Najwa Latiff bergabung dengan Shawn Lee, kali ini Paperplan Pursuit diberi peluang secara ekslusif untuk berkolaborasi bersama Ke Qing untuk sebuah lagu. Fuh! Dashyat juga mereka ni. Kemudian, festival muzik diteruskan dengan Ke Qing membawa lagu k-pop. Sebijik macam artis Korea la pulak kan.

Antara yang gempak juga selain Faizal Tahir, kumpulan rock ternama Hyper Act turut memberikan persembahan menarik pada malam itu.

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival

Lagu wajib dari Hyper Act ialah PASTI SEMPURNA dan HANYA AKU. Secara jujurnya, Budiey tidaklah selalu layan lagu Hyper Act ni tapi bila dah layan muzik diorang, terikut-ikut pulak untuk nyanyi bersama sebab iramanya sangat catchy dan mesra di telinga.

Penutup pada malam tu, penyampai dari Hot FM dan One FM telah mengambil gambar dengan berwefie bersama penonton dan yang hadir dengan menggunakan Samsung GALAXY A. Memang tak sah la kan. Antara fungsi yang paling ohsem pada telefon bimbit Samsung GALAXY A ialah kita dapat berwefie beramai-ramai dengan fungsi Wide Selfie. Haaa, dengan 120 darjah. Nak cari mana kan?

Samsung

Akhir sekali Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Samsung Malaysia sudi menjemput Budiey ke Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival. Wajar diteruskan konsert seperti ini sebab dapat menghilangkan stress dan memperkenalkan Budiey dengan gajet terbaru daripada Samsung.

Nak tahu lebih banyak tentang Samsung Galaxy A yang serba slim & sleek? Layarilah laman web Samsung (www.samsung.com/my/a5!)

Sponsored by Samsung Malaysia Electronics

Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival
Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival
Konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival
Samsung
Samsung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Samsung GALAXY Tab3 V

Damian VE Minta Fynn Jamal Berhenti Menyanyi