in ,

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan

Gabungan tiga kumpulan Orkestra terulung yang dipimpin Dato Mokhzani Ismail, Orkestra RTM (ORTM), Malaysian Philharmonic Orchestra (NSO) dan National Symphony Orchestra (MPO) menghangatkan Konsert ‘Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM’ pada 31 Ogos ini, Isnin, pukul 9.00 malam di TV1.

Konsert berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menonjolkan tenaga dan kepakaran 66 pemuzik kolaburasi ORTM, NSO dan MPO dalam pentas sama.

Diterbitkan Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menampilkan artis terkenal Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor, Francissca Peter, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Vanidah Imran, Khai Bahar, Roy, dan Bob. Pentas sama turut dikongsi kumpulan koir dari UITM Chamber dan Gemersik Chorus.

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan

Mengalunkan lagu tema hari kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’ dan lagu-lagu patriotik, pilihan lagu ini pastinya memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan. 

17 lagu patriotik dulu hingga sekarang yang pasti buat anda bangga jadi anak Malaysia dijanjikan dalam konsert berlangsung dua jam ini. 

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan

Lagu-lagu dipersembahkan termasuklah ‘Malaysia Prihatin’, ‘Tanah Pusaka’, ’Warisan’, ‘Untukmu Malaysia’,  ‘Setia’, ‘Sejahtera Malaysia’, ‘Ilham Pujangga’, ‘Malaysia Baru’, ‘Nyalakan Tekad’, ‘Jalur Gemilang’, ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’, ‘Sehati Sejiwa’, ‘Gemilang’, ‘One Thousand Million Smile’, ‘Standing in The Eyes of The World’, ‘Tanggal 31’, dan ‘Saya Anak Malaysia’.

Konsert ini menampilkan gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kepulangan Rayhan Ke Bangladesh Disambut Dengan Air Mata

Selepas Tegur Penampilan Mira Filzah, Wanita Ini Tak Tahan Jadi Mangsa Buli