in ,

Konsert ANUAR ZAIN & YOU Yonder Music Live Series By The Lake

Tidak pernah gagal menjadi peneraju digital muzik masa kini, Yonder Music kembali dengan satu ‘kejutan’ baharu buat peminat seni tanah air.

Jika sebelum ini mereka sukses dengan Konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends 2016, Yonder Music bakal tampil dengan sebuah persembahan istimewa yang dijangka tidak kurang hebatnya.

Jendela 2017 menyaksikan Yonder Music menjalin kolaborasi dengan mempersembahkan sebuah persembahan istimewa ikon muzik tanah air yang sentiasa menjadi pujaan ramai.

Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You yang bakal diadakan pada 21 Januari 2017, di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur akan bermula pada pukul 8 malam dan dijangka akan menjadi acara pembuka tirai tahun 2017.

Anuar Zain

Sementelah, persembahan istimewa tersebut juga merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar Zain.

Menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, pihak mereka teruja untuk merealisasikan persembahan istimewa ini yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat.

Melihat kepada rekod Anuar sebagai penyanyi lelaki paling diminati banyak wanita sehingga ada yang sanggup menangis dan sering ‘diterkam’ dalam banyak persembahannya, Adam optimis “Anuar Zain & You” akan menjadi persembahan pembuka tahun 2017 yang paling diingati kelak.

“Saya pertama kali diperkenalkan dengan muzik Anuar Zain oleh seorang rakan yang patah hati. Dia memainkan lagu Sedetik Lebih berulang kali sehingga saya sendiri tertarik dengan Anuar.

“Kini, saya pula yang sedang mabuk dengan lagu Andainya Takdir.

“Jadi besar harapan saya agar kolaborasi ini berjaya mencapai matlamatnya. Saya sendiri berbesar hati untuk membawakan “Anuar Zain & You” kepada semua peminat dalam suasana yang lebih intimasi, sesuai dengan judul persembahannya,” ujar Adam mengenai siri Yonder Music Live bersama Anuar Zain.

Sementara itu, Anuar sendiri berbesar hati untuk menghiburkan peminatnya dalam skala besar dan bersifat mesra. Beliau yang masih di dalam rangkaian promosi album terkininya di gedung Mydin terpilih seluruh negara menyifatkan persembahan yang bakal dilangsungkan di Panggung Anniversari ini sebagai satu lokasi pertemuan empat mata yang mengujakan baginya.

“Besar harapan saya agar persembahan yang dirangka ini akan berjalan lancar dan menjadi medan kasih sayang dan silaturahim saya dengan peminat.

“Terima kasih kepada pihak Yonder Music yang sudi berkolaborasi sekali gus merealiasikan “Anuar Zain & You” ini,” ujar Anuar.

Bakal dilangsungkan selama 90 minit, “Anuar Zain & You” akan menyaksikan Anuar mendendangkan 14 lagu hit beliau. Disediakan keseluruhan pengisiannya oleh Anuar Zain Network, persembahan kali ini mendapat mendapat sentuhan Sze Wan sebagai pengarah muzik bersama seramai 14 pemuzik, di samping Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You boleh didapati di www.ticketcharge.com.my bermula daripada 9 Disember 2016

Kategori tiket Yonder Music Live Series – Anuar Zain & You

VVIP (Zon A) – RM888
VIP (Zon B) – RM788

Cat 1 (Zon C) – RM588

Cat 2 (Zon D) – RM488

Cat 3 (Zon E) – RM388

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton DEATH NOTE: LIGHT UP THE NEW WORLD

Peraduan Premiere With Budiey Filem RAILROAD TIGERS