in , , ,

Konsert Amal BIGO Live & K-Clique Sokong MyKasih Foundation

Impak pandemik COVID-19 turut dirasai penggiat muzik tempatan. Selama lebih 3 bulan, sebarang konsert dan persembahan melibatkan ramai penonton tidak dibenarkan.

Namun, amalan norma baharu membuatkan industri muzik kembali bernafas apabila para penggiat seni mula mencari alternatif baru untuk terus menghiburkan peminat. Kumpulan hip hop popular, K-Clique, sebagai contoh akan mengadakan konsert maya untuk para peminat mereka pada hujung bulan ini.

Konsert Online BIGO Live X K-Clique adalah hasil kerjasama antara aplikasi live-streaming No. 1 di Malaysia, BIGO Live, K-Clique dan MyKasih Foundation. Kebiasaannya, pengguna BIGO Live menghantar hadiah virtual kepada hos BIGO kegemaran mereka, namun pada kali ini, semua hadiah virtual akan ditukarkan kepada wang tunai dan didermakan kepada MyKasih Foundation.  

SOc Med Bigox Kclique update

Pengurus kumpulan K-Clique, Syazwan Rimin, berpendapat konsert maya ini merupakan cara terbaik untuk kumpulan tersebut beramah mesra bersama peminat, dan pada masa yang sama mengumpul dana untuk golongan yang memerlukan. Apatah lagi, lagu terbaru kumpulan ini, Merais, sudah meraih lebih 3.6 juta tontonan di YouTube dan para peminat pastinya menantikan persembahan istimewa untuk lagu ini.

Pihak MyKasih Foundation juga menyokong usaha ini. “Sejak perintah PKP dilaksanakan, banyak pihak NGO yang terjejas sama ada dari segi mengumpul dana ataupun untuk mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Namun, MyKasih Foundation agak bertuah kerana kami menggunakan teknologi cip Mykad untuk mengagih bantuan kebajikan dengan cekap dan tepat kepada penerima yang disasarkan melalui program Program Bantuan Makanan ‘Love My Neighbourhood’ dan Program Dermasiswa Pelajar ‘Love My School’ kami,” ujar Tan Sri Dr Ngau Boon Keat selaku Pengerusi MyKasih Foundation. 

Kini, seramai 300,000 keluarga dari golongan yang kurang berkemampuan (ataupun B40), termasuk 20,000 pelajar sekolah rendah dan menengah, di seluruh negara telahpun menerima bantuan dari pihak penyumbang syarikat dan juga individu melalui inisiatif yang dijalankan MyKasih Foundation. 

Para peminat K-Clique dan pengguna BIGO Live boleh menonton konsert amal maya ini secara percuma di aplikasi BIGO Live pada hari Sabtu, 29/8/2020 jam 9:30 malam eksklusif di akaun BIGO: KinabaluClique. 

Muat turun aplikasi BIGO Live sekarang: https://bigolive.onelink.me/sG8X/KCliqueConcert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harris Annuar & Rhys William Ajar Anda Cara Untuk Berniaga

Apa Ada Pada Papan Iklan Digital pada Merdeka ini?