in

Konsert Akhir Suara Juara 2018 Anjuran Dr.Irma Entertainment

Konsert Akhirt Suara Juara Anjuran Dr.Irma Entertainment Dengan Kolaborasi Bersama JohorFM

Tanggal 8 September 2018, Auditorium Sultan Iskandar, RTM Johor telah menyaksikan konsert Akhir Suara Juara yang gilang gemilang hasil kolaborasi antara Dr.Irma Entertainment dan JohorFM. SuaraJuara merupakan satu progam kolaborasi pencarian bakat baru dimulakan di atas talian dan disudahi dengan konsert akhir yang menyaksikan Nor Akmar Natasha Binti Hasni dinobatkan sebagai juara, naib juara Ketty Natalia Binti Rasul Khan dan pemenang ketiga Amyza Syafiqah Binti Suhaimee.

Hadiah bagi juara merupakan sebuah piala, wang tunai RM5000 beserta kontrak rakaman bersama Dr.Irma Entertainment termasuk program promosi bernilai RM100,000. Hadiah bagi naib juara pula sebuah piala beserta wang tunai RM3000 manakala tempat ketiga pula mendapat sebuah piala dan wang tunai RM2000.

Juri jemputan bagi konsert akhir tersebut terdiri dari penyanyi Ronnie Hussein dan A.Rahman Kamarudin, penyanyi veteran dan penggiat seni dari Johor Bahru. Peserta konsert akhir diadili dari aspek vokal, persembahan, kreativiti dan pakaian. Nyanyian peserta-peserta konsert malam itu di iringi sepenuhnya oleh Kombo RTM, Johor yang di ketuai oleh saudara Rudy Yasmin. Manakala penerbit konsert tersebut adalah DJ Azura dari JohorFM dan penaung ialah Pengarah Penyiaran Johor, yang berusaha Encik Abdull Hadi bin Mohd Yusoff.

Single Nur Akmar yang sedang dalam proses pembikinan merupakan sebuah lagu bergenre balada bertajuk ‘Sendiri’ dan dijadualkan rilis sebelum akhir tahun 2018. Sementara itu beliau telahpun menandatangani kontrak bersama Dr.Irma Entertainment dan pengurusan Leroy Crew Productions sebagai artis di bawah kumpulan itu dan juga kontrak rakaman lagu bagi single yang dijanjikan sebagai hadiah utama Suara Juara. Rangka promosi akan dilakukan sebaik sahaja single dirilis.

Berkenaan Dr. Irma Entertainment

Dr. Irma Entertainment (est in 2017) adalah sebuah label muzik tempatan yang sedang meningkat naik dan beraspirasi untuk mewarnakan dan memeriahkan persada hiburan tanahair dengan penawaran musik yang bersesuaian dengan gaya dan citarasa pencinta seni masakini.

Syarikat ini terlibat dalam pembikinan dan penerbitan lagu, penghasilan melodi, penulisan lirik dan penghasilan muzik video. Dr. Irma Entertainment berharap dapat mengorak langkah dengan gagah dalam industri muzik tempatan yang serba mencabar dan glamor ini.

Pernah berkolaborasi dengan nama gergasi Warner Music Malaysia sebagai pengedar lagu terbitannya, Dr. Irma Entertainment yakin masa depan dalam industri ini akan lebih cerah.

Sehingga kini Dr.Irma Entertainment telah menerbitkan lagu, lagu ‘Antidot Lara’ nyanyian Ray Asri, ‘Cinta Tirai Biru’ nyanyian Aya Sofia (karektor animasi ciptaan syarikat ini), lagu ‘Melankolia’ nyanyian Ash Hafiz dan lagu ‘Definasi Cinta’ nyanyian penyanyi terkenal Ferhad.

Giat menerbitkan lagu bersama beberapa lagi artis tempatan terkenal seperti Azharina Azhar, sepanjang tahun 2018, syarikat ini juga merangka program-program promosi bagi semua lagu dan artis dibawah naungan label ini menerusi corong stesen-stesen radio tempatan. Lagu- lagu terbitan syarikat ini juga boleh di strim dan di muat turun sepenuhnya menerusi platform digital seperti iTunes, Spotify, Apple Music dan lain-lain. Ia juga boleh dijadikan nada dering peribadi.

Berkenaan Suara Juara

Pertandingan Suara Juara ini merupakan program pencarian bakat menerusi media sosial yang ketiga dan buat pertama kalinya berkolaborasi dengan JohorFM.

Suara Juara ini telah dimulakan sejak Mei 2018 dengan kolaborasi bersama Malaysian Cover di instagram telah menarik lebih dari 100 penyertaan. Setiap peserta diwajibkan menyanyi lagu-lagu terbitan Dr.Irma Entertainment.dan pemilihan calon- calon ke peringkat seterusnya dibuat berdasarkan ‘views’ terbanyak. Pemenang- pemenang di peringkat ini diberikan hadiah sebanyak RM500, RM300 dan RM200 dan berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

3 peserta dengan ‘views’ tertinggi dan 12 peserta saringan telah terpilih ke peringkat Separuh Akhir melalui proses pemilihan dimana 4 orang peserta adalah pilihan Dr. Irma Entertainment, 4 orang peserta pilihan JohorFM dan 4 orang lagi peserta pilihan MalaysianCover menjadikan peserta separuh akhir seramai 15 orang. Semua peserta separuh akhir telah melalui beberapa sesi ‘coaching’ bagi menyediakan mereka untuk melangkah ke persada seni.

Saringan diperingkat ini adalah berdasarkan kreativiti melakukan beberapa tugasan seperti melakukan ‘selfie’, nyanyian dari lagu iklan popular, ‘acapella’, nyanyian lagu ‘hit’ masa kini dan nyanyian lagu-lagu ‘hits’ dari Anuar Zain dan Siti Nurhaliza.
Seramai 6 peserta telah dipilih untuk menyertai konsert akhir pada 8 September di Auditorium Sultan Iskandar, Johor Bahru. Mereka adalah Nur Akmar binti Hasni (Penang), Ketty Nathalia binti Rasul Khan (Johor Bahru), Amyza Syafiqah binti Suhaimee (Pahang), Muhamad Taufiq Bin Mansur (Kuala Lumpur), Wan Nur Najihah binti Mohammed Akhir (Kuala Lumpur), Nurul Aqilah binti Mohamad Zafri (Pahang).

Konsert Akhir Suara Juara 2018

Pada konsert akhir yang menawarkan wang tunai rm5000 kepada juara, RM3000 kepada naib juara dan RM2000 kepada tempat ketiga beserta piala, sijil dan hamper Dr. Irma Skincare dan Angel White, serta kontrak pengurusan artis, kontrak rakaman dan promosi single dengan nilai mencecah RM100 ribu ringgit. Keenam-enam peserta telah menyanyikan dua buah lagu pilihan sendiri.

Mempercayai potensi dan bakat juara yang dinobatkan ini, pihak syarikat menawarkan kontrak rakaman sebuah lagu termasuk menjalankan program promosi di semua platform sehingga beliau berjaya menembusi pasaran muzik tanahair. Tawaran menjadi artis dibawah naungan Dr. Irma Entertainment dapat memberi peluang untuk beliau mencipta nama dan mewarnai persada seni tanahair setanding dengan artis-artis seusia yang telah berjaya.

Dr. Irma Entertainment yakin beliau akan berjaya menarik peminat dari pelbagai lapisan pendengar dan pengemar muzik tanahair dan menembusi pasaran antarabangsa sebaik sahaja lagu beliau berada di media sosial seperti Youtube dengan sebaran dan capaian tanpa batasan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Berentap dalam Celebrity Car Wars Musim Ke-3

Dokumentari KNOW IT di TV1