in ,

Afganisme Histeria di Konsert Afgan SIDES Malaysia di Johor Bahru

Sabtu lalu, Budiey menerima empat tiket menonton Konsert Jelajah Sides Afgan di Malaysia, jadi alang-alang nak berjalan makan angin tu, lalu Budiey sanggup turun ke Johor Bahru untuk menonton persembahan penyanyi terkenal itu walaupun dah menonton persemhahan yang sama yang menggegarkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ia seolah mengimbau kembali konsert jelajah Sides Afgan yang diadakan di PWTC tahun lalu.

Selepas KL dan Miri, Sarawak, kali ini Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza memilih Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor sebagai lokasi ketiga berlangsung pada 8 April dihadiri oleh peminat tegar Afgan.

Turut mencuri tumpuan adalah penyanyi rap SonaOne berkolaboasi dengan Afgan menerusi lagu X dan Rollercoaster.

Tiket untuk menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM485 (VVIP), RM385 (VIP) dan RM285 (CAT1) malah semua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor.

Lebih menarik 600 penonton bertuah berpeluang bergambar dengan idola pop dan juga penyanyi serta penulis lagu sensasi itu serta 50 pas sesi ramah mesra diberikan kepada pemegang tiket VVIP yang berharga RM485.

NRN-20

NRN-11

NRN-10

NRN-22

NRN-9

NRN-6

NRN-5

NRN-1

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Nora Danish Kahwin Dengan Nedim Nazri Viral & Trending di Youtube

Samsung’s QLED TV Online Pre-order