in ,

Konsert FTISLAND [THE TRUTH] Live Kuala Lumpur 2017

Selepas lima tahun mendiam diri, akhirnya Rock Band Korea terkenal Five Treasure Island FTISLAND akan mengadakan konsert mereka yang diberi nama [THE TRUTH] di Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan khas oleh penganjur Mega Ultimate dan Red Spade, 2017 FTISLAND LIVE [THE TRUTH] KUALA LUMPUR》akan dijadualkan pada 14 Januari 2017, pukul 6 malam bertempat di Mega Star Arena. Disesuaikan dengan nama album ke-6 mereka, 《Where, The Truth》yang telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016, [THE TRUTH] mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular yang dikeluarkan oleh FT Island sepanjang 9 tahun ini.

Konsert 2017 FTISLAND LIVE

Tiket – tiket akan mula dijual pada 6 November 2016 Ahad dari pukul 11 pagi sehingga 3 petang di Boulevard, Aras G, Paradigm Mall. Tiket 2017 FTISLAND LIVE [THE TRUTH] IN KUALA LUMPUR berharga RM 688 (VIP ROCK ZONE), RM 388 (ROCK ZONE A) dan RM 188 (ROCK ZONE B). RM 688 (VIP ROCK ZONE) hanya terhad untuk 200 peminat kerana mereka berpeluang menyaksi 《2017 FTISLAND LIVE [THE TRUTH] IN KUALA LUMPUR》raptai secara langsung selama 20 minutes dan mendapatkan 2 barangan yang istimewa daripada FTISLAND.




Manakala jualan menerusi online dan di outlet tiket boleh didapati pada hari yang sama pukul jam 5 petang.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman www.facebook.com/megaultimate atau www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline +603-9101 5857 (Mega Ultimate) /+603 9222 8811(Ticketcharge).

Konsert FTISLAND

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Mahu Lancar Album Inggeris BUNKFACE X Tahun 2017

Video Gegar Vaganza 2016 Trending di Youtube Malaysia